BAB 2

Romance Completed 7259

Dia melemparkan senyuman menawan dan manis teristimewa buat jejaka yang sedang merenungnya saat ini. Jejaka itu tampak sungguh berubah, jauh beza dengan yang dikenalinya beberapa tahun lalu. Yazid kini nampak matang dan bergaya namun masih merendah diri dan peramah. Penampilannya bersahaja namun cukup membuat hati kaum hawa berketar.

“Lama Sasha menghilang. Sepi tanpa khabar. Sasha ke mana?”

“Tak ke mana Yazid. Stay di bandar sahaja, sebab kalau nak balik pun untuk apa. Dah tak ada siapa di sini.”

Yazid diam dan terus memandang wajah gadis manis yang bertudung putih di hadapannya. Ya dia terganggu mendengar kata-kata Sasha. Ia sekadar satu alasan dan dia sukar menerimanya.

“Kenapa cakap macam tu? Kan Sasha masih ada Pak Ngah... abang pun ada kan...,”

Sasha hanya membalas dengan senyuman lesu. Ya, Yazid memang baik. Sentiasa baik dengannya sedari dulu lagi tak pernah berubah. Selalu ada untuknya.

“Takpelah bang Yazid. Sasha bukan apa. Seboleh-bolehnya tak mahu menyusahkan abang dengan Pak Ngah yang dah banyak membantu Sasha. Mak dengan ayah dah tak ada, sampai bila Sasha kena bergantung harap, pada akhirnya dalam kubur nanti sorang-sorang jadi memang patutlah Sasha mula berdikari. Betul tak? Takkan Sasha nak terus bergantung dengan keluarga abang je,” balas Sasha.

“Silap tu, tak betul cara Sasha tu,” Namun hanya dibalas dengan gelak tawa kecil dari Sasha.

“Oh ya, balik ni, untuk cuti sekejap atau balik for good terus ke sini?,”Yazid utarakan soalan.

Sasha diam tidak menjawab. Perlahan-lahan dia mendekati Yazid yang sedang santai duduk di atas pangkin usang di halaman rumahnya yang sudah lama tidak berpenghuni.

“Sebenarnya Sasha rindu arwah mak... arwah ayah bang... Sasha memang nak sangat tinggal di sini. Eh dah, cukup. Tak naklah asyik cakap pasal Sasha lagi. ABang pula apa cerita? Entah-entah Pak Ngah dah nak dapat menantu ke belum ni?,”Sasha mengusik Yazid yang cuma mencebik bibir mendengar usika Sasha.

Sasha tetap sama, dari dulu tak pernah berubah menyakat orang.

“Kalau Sasha single lagi, dah tentu Pak Ngah boleh timang menantu,”

Sasha ketawa.

“ish abang ni, Sasha seriuslah,”

“Abang pun! Ingat abang main-main ke?” Sasha hanya menggeleng perlahan tertawa.

“Tapi, tak tahulah kalau Sasha dah tak sudi dengan abang. Balik kampung dekat dua minggu pun, tak ada nak jengah rumah abang, nampak sangat Sasha dah tak ingatkan abang.,”

“Eh abang ni, bukan apa Sasha sibuk mengemas rrumah. Tak sempat ke mana-mana pun. Abang jangan cakap macam tu. Sedih Sasha mendengarnya,”

“So, bolehlah abang anggap yang Sasha belum rejek abang lagi kan??,”

Sasha diam. Pandangan Sasha dikalih ke arah lain tidak mahu terus melekat di wajah Yazid .

“Hmmm Abang duduk dulu. Sasha ke dapur buatkan air ya, kopi ais kaw kaw fav abang. Abang suka kan? ”Sasha mula berdolak-dalih, Yazid menggeleng-gelengkan kepala, Faham sangat dia dengan perangai gadis ini.

“Sha, Abang cuma mahukan kepastian. Kali ini jawab biar abang jelas sebelum selepas ini Sasha menghilang semula,”

Sasha menarik nafas dalam-dalam.

“Abang, Sasha akan terus berada di sini. Kali ini Sasha tak akan ke mana-mana dah. Okay, so abang tak perlulah risau. Okay?,”jawab Sasha

Yazid kembali tersenyum lalu bingkas bangun.

“Okaylah Abang balik dulu. Abang saja je jenguk sini tad.Ni jadi Lama-lama abang kat sini, karang dibuatnya orang lain nampak jadi tak manis pula. Kalau senang-senang nanti datanglah ke rumah abang, ya,”

Sasha membalas dengan senyuman.

“Sure, Tak nak minum dulu? Rugi tau kopi ais sedap ni,”

Yazid menggeleng dan membalas dengan senyuman.

“Tak apa. Lain kali okay.,”

Sasha cuma tersenyum mengiringi langkah Yazid . Dan Semakin jauh langkah Yazid , semakin hilang jugalah senyum yang meniti di bibirnya. Sasha menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia merasa segala rancangan yang sudah dirangkanya akan berjalan dengan lancar

“Hmm kau tunggu...,” berbisik perlahan namun di hatinya meruap-ruap api kemarahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience