BAB 1 - PROLOG

Romance Completed 7249

Terkedu Yazid . Kaget dan bingung. Terketar-ketar lututnya lembik dan tubuhnya mulai rasa longkai gelap gelita pandangannya. Ditampar berkali-kli wajahnya mengharapkan segala yang berlaku sekdar satu mimpi ngeri di kala dia manusia sahaja lena dan alpa dalam beradu yang panjang namun hakikatnya dia tidak tidur, dia sedar dan berada di alam reality. Pandangannya perlahan-lahan berkali ke arah Sasha. Perasaannya? Sungguh bercampur baur Degupannya mencanal laju, mengumpul segala kekuatan untuk mendengar hakikat ngeri yang akan terpacul dari mulut Sasha.

“Tapi mengapa?” tanyanya lemah pada Sasha yang memaksa wanita itu mendongakkan wajahnya. Seperti juga dia, Sasha kelihatan seakan mati kata-kata. Dia tidak merasa perkataan ampun dan maaf berani diungkap dari bibir yang merekah itu. Dan jika maaf diucap mampukah semua yang terjadi kembali seperti sediakala?

“Jawab! Kenapa Sasha?!” jerkah Yazid membuatkan Sasha tersentak.

“Abang ampunkan Sasha. Sasha mohon tariklah nyawa Sasha, hukumlah Sasha . Buatlah apa saja pada Sasha semahu dan sepuasnya hati abang. Sasha takkan sekali menegahkkan benang yang basah dan membetulkan kesalahan Sasha. Ya benar ini semua angakra dan salah Sasha. Semua yang berlaku ini bukan sahaja memusnahkan hidup Sasha bahkan hidup abang. Hidup kita!” jelas Sasha.

Berkali-kali Yazid menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya panas dan membahang bagai mahu keluar darah. Bibirnya terketaar-ketar cuba menyusun kata diantara rasional dalam sadar dan dalam masa yang sama menahan amarah. Bukan dia tak faham tentang gejolak derita Sasha namun sungguh dia sendiri tidak mampu menahan rasa ngeri dan seram yang membelenggu dirinya sendiri saat ini. Tergamaknya kau Sasha dan sekejap lagi kasihan kau Sasha. Dipejamkan mata, dikumpulkuan kekuatan namun hakikatnya tetap saja segala yang dibina hancur berkecai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience