BAB 3

Romance Completed 7249

“Assalammualaikum, Pak Ngah sihat? Lama tak jumpa,”

Namun orang tua usia awal 60 tahun bernama Bustam itu cuma diam. Melihat gadis itu di beranda rumahnya, hatinya menjadi tidak enak. Kopiah di kepala, ditanggalkan.

“Baru balik surau ke, Pak Ngah?,”

Bustam memandang dengan pandangan masam. Entah kenaapaa dia merasa soalan itu bagai sengaja mahu menyindirnya dan tak semena-mena dia membawa diri masuk ke dalam rumah namun bertembbung pula dengan Yazid yang sedang membawatala, berisi minuman petang.

“Ayah meh mibum, ni hah Sasha ada bawa juih keria gula Melaka yang tengah vira tu.”

Bustam hanya memandang sepi seraya menggelelngkan kepala sebelum berlalu pergi. Sasha cuma tersenyum memerhatikan adengan itu. Hatonya meruapp-ruap sendih namun dia tidak mahu melayan kesedihannya itu Dia harus tahan segala asakan emosi kerana matlamatnya harus dilunaskan.

Bibbirnya mula menguntum senyum lebar apabila Yazid sudah berada di hadapannya seraya menghidangan dua cawan teh o panas di atas meja kayu yang diletakkan di beranda rumah itu.

“Bang Yazid,Pak Ngah tak nak minum sekali?,”

Yazid tersenyum.

“Nampak gayanya tak, ada urusan lain kot tu.Takpelah biar kita saja yang minum petang,” Sasha mengangguk.

“Kalau macam tu Sasha tak boleh lama. Yelah apa pula kata orang nanti kan. Sasha datang hantar kuih aje,”tutur Sasha segera bangun dari tempat duduk. Yazid pula tidak menghalang.

“Tapi sebelum tu Sasha masuk jumpa Pak Ngah sekejap, boleh?,”

“Tak perlu kau nak masuk aku ada kat sini. Hah, apa kau nak?”

Sasha kalihkan pandangan pada suara garau itu dan dilihatnya Bustam sudah berdiri di depan pintu.

“Eh Pak Ngah, tak ada apa cuma Sha nak minta diri dulu. Nanti jamahlah kuih tu, Sasha buat special untuk Pak Ngah.”

Bustam menoleh ke arah lain Namun Sasha tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia melangkah menuruni tangga .

“Assalamualaikum,”

“Waalaukumsalam..” Yazid menjawab perlahan. Lama matanya menntap Sasha seakan mengirigi langkah gadis itu

“Ada apa dia nak sampai datang ke sini?,”

Yazid memandang ke arah bapanya yang berwajah masam.

“Kenapa cakap macam tu Ayah? Saya yang ajak Sashah ke sini hari tu. Takkan dia tak boleh dtang melawat kita ? Lagipun Sasha bukan orang lain dengan kita. Lama dia bawa diri, ini dia dah balik memang kenalah kita ambil tahu pasal dia.

“Kau bergurau ke ni? Nak ambil tahu apa?Dah dia yang tiba-tiba hilang. Entah ke mana hilangnya. Entah apa dibuatnya. Tak usah kau nak layan sangat budak tu, bukannya dia baik sangat. Ayah tak suka,”

Yazid memandang kebingungan.

“Kenapa Ayah?,”

“Kalau aku tak suka tu, aku tak sukalah. Jadi tak payah kau na tanya banyak.”

“Saya nak kahwin dengan Sasha ,” Bustam menjengilkan mata memandang Yazid.

“Langkah mayat aku dulu! Jangan mimpi!,”jerkahnya seraya mencapai kunci motor yang digantung pada dinding.

Tak lama kemudian deruman bunyi motor kapcai bergema, tinggallah Yazid seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience