BAB 10

Romance Completed 7249

Sasha memandnag jauh di hadapan, fikirannya kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini jadi dia hanya membiarkan sahaja.

“Sasha tahu tak apa yang dah Sasha lakukan?,”

“Sasha bukan sahaja bahayakan diri sendiri tapi bayi dalam kandungan itu juga...,” Sasha melihat Yazid, lama lelaki ini hilang dn dia kembali di saat dia sudah putus harapan untuk hidup.

“Kenapa abang pulang. Pergilah, Sasha tak pantas untuk dubiarkan hidup. Walau Sasha sujud memohon ampun mana mungkin ia mampu merubah keadaan baik seperti sediakala. Abang punya hak untuk membenci Sasha. Biarkan sahaja Sasha mati. Orang jahat seperti Sasha mana pantas untuk hidup. Shasha sama sahaja degan ayah abang, kami tiada beza. Dua-dua pun kejam kerana musnahkan hidup orang tak berdosa seperti abang.”

“Jangan cakap macam tu Sasha. Berhenti fikir segala yang berlaku,”

Bagaimana dia harus lupakan apa yang terjadi bila dia tahu kesalahannya itu tak pantas untuk dimaafkan.

“Bukan kecil dosa Sasha itu bang. Sasha dah porak-perandakan hidup abang. Abang tak berdosa tak sepatutnya Sasha jadikan abang mangsa untuk menuntut dendam.”

“Lupakan semua itu dan marilah kita mara ke depan...,”

Namun esak tangis Sasha makin kuat.

“Sasha dah tahu yang Sasha ada penyakit ini, dan Sasha tak mahu biarkan pak ngah bersenang lenang hidup di muka bumi ini tanpa melihat dia menderita, jadi Sasha biarkan penyakit ini berjangkit pada abang kerana hanya dengan cara itu pak ngah terseksa...,”

Yazid mengetap bibir cuba mengumpul kekuatan mendengar hakikat yang pahit untuk ditelan.

“Sejujurnnya, abang mengerti segala penderitaan Sasha. Sungguh kehidupan Sasha direnggut oleh insan yang sepatutnya melindungi Sasha dan tak pantas berkahir begini.”Ya itulah kebenaran yang patut ditelannya. Sezalim mana pelakuan Sasha dia harus faham bahawa tindakan zalim bapa sendiri yang telah memaksa isterinya melakukan tindakan sedemikan. Memasang dendam angkara perbuatan tidak bermoral bapanya.

Sasha membisu dan dihimpit rasa bersalah.

“Sasha dijangkiti HIV bangg...,”

Jemari hangat Yazid menyentuh jemar Sasha yang sejuk.

“Walau sukar, segala yang tertulis ini abang akan terima ,”

“Sasha hamil dan apa jadi pada anak kita? Bagaimana kalau dia dijangjiti penyakit ini?”

“Insyaa ALLAH kita cuba dan cari ikhtiar bagaimana untuk kurangkan risiko ini. Kita minta bantuan pakar, kita hadapi bersama-sam dan doa agar semuanya dipermudahkan,”

“Abang tak benci Sasha ?,”

Namun Yazid diam.

“Adakah Abang sudi maafkan segala perbuatan Sasha pada abang?,”

“Abangikhlas mahu menolong Sasha. Sasha perlukan bantuan...,”

Sasha tergamam, airmata ditahan..

“Maafkan segala dosa Sasha , bang. Sumpah, andai masa dapat dioutarkan mustahil Sasha mahu mebalas dendam.” Wajahnya tertanam di dada Yazid bersama esakan tangis yang kuat.

“Abang maafkan Sasha ...,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience