BAB 15

Horror & Thriller Completed 345

“Entahlah, mama,” jawab Azwa . "Tapi dia orang dah tak kena kacau lagi sejak dia orang pergi jumpa Amira tu.”

“Bahaya saka ni…” kata Yasmin. “Aunty Yana kau pun pernah kena dulu. Nasib baik ada bomoh pandai buangkan.”

“Keturunan kita pun ada saka, mama?” tanya Azwa terkejut.

Yasmin mengangguk. “Tapi dah buang dah…”

Azwa menyikat rambut panjangnya perlahan-lahan di hadapan meja solek. Dia tersenyum melihat kecantikan wajahnya di dalam cermin. Tiba-tiba dia terkejut mendapati wajahnya bertukar menjadi wajah seseorang yang mirip dengan wajahnya. Cuma bezanya wajah itu ada lesung pipit yang dalam. Wajah itu hilang dan diganti pula dengan wajah Amira yang hitam dan hodoh. Dan Azwa perlahan-lahan menyanyikan lagu Gurindam Jiwa tanpa disedarinya. “Tuai padi antara masak…”

Azwa tersedar lantas berdiri dan berundur sehingga melanggar kerusisampai jatuh. Dia berasa belakang badannya melanggar sesuatu. Seluruh badannya meriding. Jantungnya berdegup deras. Nafasnya turun naik laju. Dia hendak menoleh tetapi tak dapat menggerakkan kepalanya. Dua tangan perlahan-lahan terjulur melepasi bahunya. Kedua-dua tangan itu dibaluti dengan kain kasa. Pergelangan tangan-tangan itu dihiasai dengan gelang-gelang emas. Kedua-dua tangan itu memeluk Azwa . Azwa tergamam dan ketakutan.

“Jangan menangis…” Satu suara lembut berbisik di telinga Azwa .

“Siapa kau?”tanya Azwa dengan suara bergetar.

“Aku pendamping kau,” jawab suara itu.

Perlahan-lahan lembaga yang memeluk Azwa itu menampakkan dirinya. Azwa yang melihat di cermin menelan air liur. Dari belakang kepalanya lembaga itu perlahan-lahan menunjukkan diri. Muka dan ragam badan lembaga itu miripnya. Tetapi muka lembaga itu mula berubah perlahan-lahan menjadi hitam dan hodoh.

“Pergi!” jerit Azwa lalu jatuh pengsan.

Azwa terjaga selepas beberapa lama pengsan.

“Apa yang terjadi?” tanya Yasmin.

Azwa menceritakan apa yang berlaku.

“Perempuan tu macam Azwa ? Ada lesung pipit? Pakai gelang banyak? Pakai baju kebaya?” tanya Yasmin, terkejut.

Azwa mengangguk.

“Baju kebaya warna apa?” tanya Yasmin lagi.

“Merah,” jawab Azwa .

Yasmin pantas mengambil telefon bimbit dan terus menelefon Yana, adiknya.

“Kenapa mama? Kenapa mama?”tanya Azwa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience