BAB 10

Horror & Thriller Completed 345

Era pantas keluar rumah. Jiran sebelah sudah keluar rumah untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Suami isteri itu bergegas ke dalam rumah jiran mereka itu bila Era memberitahu kawan-kawan serumahnya diserang histeria.

“Ada air mineral?”tanyaPak Husni kepada Amira.

Amira mengangguk.

“Ambil empat botol,” arah Pak Husni.

Amira bergegas mengambilair mineral di dapur.

“Ambilkan segengam garam juga,” arah Pak Husni kepada Mahani pula.

Mahani bergegas mengambil garam di dapur.

Selepas melihat keadaan Faen, Shida, Azwa , Aza dan Suria yang sekadar menjerit-jerit dan mengilai-ngilai, tidak agresif, Pak Husni pun melaungkan azan sebanyak tiga kali. Keempat-empat mereka menjadi tenang dan terus menangis tersedu sedan sebaik azan habis dilaungkan.

Pak Husni membaca ayat kursi sebanyak tujuh kali dan ditiupkannya pada empat botol air mineral yang dibuka penutupnya dan juga ubun-ubun Faen, Shida, Azwa , Aza dan Suria. Mereka berempat berhenti menangis dan kini diam seperti orang bodoh.

“Beri mereka minum air ni,” kata Pak Husni. “Rasanya tak perlu guna garam ni,” sambungnya.

Era, Amira, Mahani dan Mak Mardihah, isteri Pak Husni memberi mereka yang diserang histeria tadi minum. Mereka berempat pulih selepas minum air jampi Pak Husni. Masing-masing terpinga-pinga dengan apa yang terjadi.

Tanpa ada Amira yang pulang ke kampung keesokan harinya, penghuni-penghuni rumah sewa yang lain mengambil kesempatan itu berbincang tentang gangguan yang berlaku terhadap mereka sejak tiga minggu yang lalu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience