BAB 7

Horror & Thriller Completed 345

“Eh, hari tu kau kena kacau sabtu malam ahad juga kan?” tanya Azwa , melihat Mahani.

Mahani mengangguk.

“Kau ada cerita kat /family /kau?” tanya Shida. Dia mencerap sahaja perbualan kawan-kawan serumahnya sebelum menyampuk tadi.

Amira menggeleng. “Kenapa?” tanyanya.

“Kau orang tahu saka?”tanya Shida.

Ada yang menggeleng dan ada yang mengangguk.

“Saka ni boleh berdamping dengan warisnya tanpa orang tu sedar pun. Tetapi kebanyakkannya sedarlah,” kata Shida. Bila semua orang menanti dia meneruskan kata, dia pun menyambung. “Jiran kat kampung aku dapat saka tanpa dia sedar. Dia tak sedar terambil benda tu dalam mimpi. Dalam mimpi tu dia mengangguk bila bapaknya yang nazak minta dia bersetuju terima sesuatu tanpa beritahu apa benda yang nak diberi tu. Boleh tahu bila dua tiga kali orang kampung terserempak dia duduk di beranda rumah padahal masa tu dia tiada di rumah. Bila berubat cara kampung terbongkarlah semuanya.”

Amira menelan air liur.

“Keluarga kau ada saka?” tanya Era.

“Setahu aku tak ada,” jawab Amira.

“Cuba kau tanya emak bapak kau,” saran Azwa .

Amira mengangguk-angguk.

“Kau biasa mimpi terima atau diminta terima apa-apa?” tanya Era lagi.

Amira menggeleng. Mukanya pucat. “Seram aku…”

Sabtu malam ahad minggu berikutnya sampai. Jam dinding di ruang keluarga menunjukkan pukul 10 malam. Rumah sewa itu sudah gelap. Tidak seperti selalu, kali ini penghuni-penghuninya masuk awal ke dalam bilik tidur masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience