BAB 11

Horror & Thriller Completed 345

“Aku takutlah. Entah-entah betul kata Era, Amira tu membela atau ada saka,” kata Azwa .

“Jadi nak buat macam mana sekarang?” tanya Faen.

“Aku dah tak nak sebilik dengan dia. Aku tumpang bilik kau orang ya mulai malam ni. Tidur bawah pun tak apa,” kata Azwa , melihat Mahani dan Suria.

Mahani dan Suria mengangguk.

“Kita kena halau dia dari rumah ni,” cadang Era.

Yang lain-lain setuju dengan cadangan Era tu.

“Tapi dia tu kawan kita kut,” kata Azwa tiba-tiba.

“Kalau kau sanggup kau duduklah dengan dia,” kata Shida.

Yang lain-lain menyokong kata-kata Shida.

Azwa yang minoriti diam. Terpaksa mengikut.

“Kita pulau dia. Nanti dia/blah/ sendirilah tu,” cadang Faen.

Mereka setuju dengan cadangan Faen.

Sejak hari itu Amira dipulau oleh penghuni-penghuni lain rumah sewa itu. Akhirnya dia mengambil keputusan keluar dari rumah sewa itu. Menyewa seorang diri di rumah flat yang agak jauh dari kampus. Dia menceritakan masalah itu kepada keluarganya. Ibu dan bapanya bersungguh-sungguh menyatakan keturunan mereka tidak memiliki saka.

Setiap kali selepas solat, Amira memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya ditunjukkan kebenaran.

Waniey sedang membaca cerpen seramatas talian di portal Ilham Karangkraf. Sedang dia ralit membaca di meja studi, dia terdengar suara perempuan menyanyi di belakangnya. Dia menoleh dan melihat Azwa sedang duduk sambil menyikat rambut panjangnya di hadapan meja solek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience