BAB 3

Horror & Thriller Completed 345

Bebelan Aza itu mengundang ketawa Faen dan Azwa .

“Aku naik dulu,” kata Azwa . Dia keluar bilik dan menutup pintu. Sementara Faen dan Aza menarik selimut masing-masing.

Aza menutup lampu dapur dan kemudian bergerak ke ruang makan. Terkejut bila mendapati Amira sedang makan di meja makan dengan lahapnya. Menunduk tanpa menghiraukan kehadiran dirinya.

“Kau lapar ke?”tanya Azwa .

Amira sekadar mengangguk. Mulutnya penuh nasi.

“Aku naik dululah,” kata Azwa .

Amira mengangguk juga tanpa berkata apa-apa.

Azwa naik ke tingkat atas. Di pelantar pertama tangga, dia sempat menjeling ke arah meja makan. Amira sedang makan dengan lahapnya. Dia berasa pelik dan terus ke bilik tidur. Pintu bilik tidur dibuka. Dia terkejut bila mendapati Amira sedang tidur merekot dan berdengkur seperti sebelum dia ke tandas seorang diri tadi.

Azwa ke tangga. Mengintai ke meja makan. Amira yang sedang makan dengan lahapnya memanggungkan muka. Melihatnya dengan pandangan tajam. Azwa yang ketakutan bergegas naik ke bilik tidur semula. Lantas membuka lampu dan terus mengejutkan Amira.

Amira bangun dan duduk berjuntai di tepi katil.

“Hoi, aku nampak kau dekat meja makan tadi,” beritahu Azwa , suaranya bergetar.

Amira diam tidak menjawab. Menunduk sahaja. Rambut panjangnya menutupi mukanya.

“Kau dengar tak?”tanya Azwa lalu menolak badan Amira ke belakang supaya melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience