BAB 4

Horror & Thriller Completed 345

Amira melihat Azwa . Azwa terpempan dan berlari lintang pukang keluar bilik. Dia melihat muka Amira yang hitam dan hodoh. Dia mengetuk pintu bilik tidur utama. Pintu bilik tidur itu dibuka tidak lama kemudian.

Azwa terus menerpa masuk. Bilik tidur itu menjadi kecoh.

“Kenapa?” tanya Suria, penghuni bilik tidur utama itu.

“Aku nampak hantu!” jawab Azwa .

“Macam yang aku nampak?” tanya Mahani, teman sebilik Suria.

Azwa mengangguk.

“Nampak apa?” tanya seseorang di muka pintu. Amira berdiri di depan muka pintu.

Azwa terkejut dengan kemunculan Amira. Dia melompat ke atas katil.

“Hoi, kau buang tabiat apa? Tengok aku macam nampak hantu,” kata Amira.

“Kau dekat mana tadi?”tanya Azwa .

“Aku makan tadi. Terjaga masa kau buka pintu nak keluar bilik. Aku pun turun ke dapur. Kau dalam tandas. Kau tegur aku masa aku makan tadi kan?” jawab Amira.

“Kau buka air singki?”tanya Azwa .

“Tentulah buka. Basuh pinggan dan gelas. Termasuklah gelas yang kau tinggal tak berbasuh tu,” jawab Amira.

“Kau ada buka air singki sebelum makan?”tanya Azwa .

“Tentulah. Basuh tangan,” jawab Amira.

Azwa berasa hairan kerana mendapati singki itu kering tadi. “Ni kau baru naik kan?”

“Ya. Kenapa?” tanya Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience