BAB 8

Horror & Thriller Completed 345

Pintu bilik tidur tidur Era dan Shida terbuka perlahan-lahan. Kelihatan hanya Shida yang sedang tidur nyenyak di atas katilnya. Katil Era pula kosong. Di sekeliling katilnya mula kelihatan beberapa lembaga berpakaian putih dan bermuka hodoh. Berdiri tegak memandang ke katil Shida.

Salah satu lembaga itu menggoncang-goncangkan kaki Shida. Shida menggeliat dan membuka mata. Menjerit sekuat hati sebaik nampak lembaga menyerupai pontianak berwajah Amira yang berdiri di sisi kanannya. Dia terjun katil dan melanggar salah satu lembaga yang berdiri di hujung katil. Lembaga yang besar berbanding dua lagi itu rebah ke lantai. Begitu juga dengan Shida yang tersungkur di depan pintu. Shida bangun dan berlari membuka pintu. Sebaik membuka pintu dia disambut oleh Era, Azwa dan Faen.

Era, Azwa dan Faen bersama-sama memegang sebiji kek. Aza yang terlentang berlakon menjadi pontianak yang terlentang di lantai mengaduh dan bangun. Amira, Mahani dan Suria yang juga berlakon menjadi pontianak gelak dan terus menerpa Shida. Serentak itu mereka semua menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Shida.

Shida yang pada mulanya ingin marah kerana dikejutkan begitu, tergelak akhirnya lalu meniup api pada lilin-lilin yang tercacak di atas kek.

“Nasib baik aku tak histeria tadi,” kata Shida. “Siapa punya rancangan ni?”

“Faenlah siapa lagi…” kata Era.

“Orang putus cinta pun sempat merancang lagi…” kata Shida, geram kepada Faen.

Faen tersengih saja.

Mereka makan KFC yang dibeli Era, Faen dan Azwa untuk meraikan hari lahir Shida. Mereka berdua sempat menyusup keluar sebaik Shida masuk ke dalam bilik tidur. Sementara yang lain-lain bersiap dan bersolek seperti pontianak tadi.

Sekitar jam 12 tengah malam mereka pun masuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience