BAB 9

Horror & Thriller Completed 345

Jam dinding di ruang keluarga itu menunjukkan pukul 2.13 pagi. Penghuni di semua bilik tidur rumah sewa itu sedang tidur lena. Termasuklah Faen yang menjadi kepala rancangan mengenakan Shida tadi.

Faen menarik selimut yang menjauhi dadanya dalam keadaan mamai. Selimut yang menutupi tubuhnya itu kini menjauhi semula dadanya. Dia menarik selimut itu lagi supaya menutupi dadanya semula. Tidak lama kemudian selimut itu menjauhi dadanya lagi.

Keadaan itu menyebabkan Faen terjaga dari tidur. Membuka perlahan-lahan matanya dan ternampak satu lembaga berpakaian putih dengan rambut mengurai di hadapan muka berdiri di hujung katilnya.

“Jangan kacaulah aku nak tidur. /Trick/kau orang ni tak jadilah…” kata Faen yang membuka mata sedetik dan terus berfikir lembaga menyerupai pontianak yang di hadapannya itu kemungkinan salah seorang rakan serumahnya. Kemungkinan lembaga itu adalah Shida. Dia menarik selimut menutupi tubuhnya.

Sejurus kemudian selimut itu direntap kasar.

Faen yang bengang terbidas bangun. Membuka matanya luas-luas dan mahu memarahi siapa sahaja yang berlakon sebagai pontianak itu. Tetapi dia terpempan sebaik melihat muka lembaga itu. Muka lembaga yang menyerupai Amira itu hitam dan hodoh. Matanya pula merah menyala-nyala.

Lembaga itu membuka mulut. Mengilai-ngilai sehingga keluar ulat-ulat dari mulutnya. Faen yang lemah semangat mula menjerit-jerit diserang histeria. Mata hitamnya naik ke atas. Dia lari keluar bilik dan berdiri sambil menarik-narik rambut di ruang tamu. Aza yang terjaga terus keluar bilik dan terpinga-pinga melihat Faen. Dia segera ke tingkat atas dan memberitahu kepada penghuni-penghuni lain.

Mereka semua turun ke ruang tamu. Faen terus menjerit-jerit. Tiba-tiba Shida pula menjerit-jerit menunjuk ke arah Amira. Dia juga meraung-raung diserang histeria. Mata hitamnya naik. Selepas itu Azwa pula diserang histeria. Diikuti oleh Aza dan Suria.

Rumah itu bising dengan bunyi jerit dan hilai yang menakutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience