BAB 12

Horror & Thriller Completed 345

“Azwa , bila kau masuk bilik. Tak dengar pun,” kata Waniey dan terus menyambung baca.

Tiada jawapan. Yang kedengaran hanya suara menyanyi. “Tuai padi antara masak. Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak. Esok jangan rindu-rinduan…”

Mendapati soalannya tidak dijawab, Waniey menoleh sekali lagi. “Merdu suara kau…”

Nyanyian itu terhenti. Kepala Azwa pantas berputar. Ia bukan Azwa tetapi lembaga yang merupa persis muka Amira. Tetapi muka itu hitam dan hodoh. Lembaga itu menyeringai dan membeliakkan mata.

“Astagfirullahhalazim…” ucap Waniey sebaik melihat rupa lembaga yang menakutkan itu. Dia terkejut tetapi tidak gentar. “Kenapa kau kacau aku? Aku makhluk Allah. Kau makhluk Allah. Pergi dari sini. Jangan kacau aku lagi!” Kemudian terus membaca ayat kursi.

Lembaga itu lesap bersama hilaian ketawanya yang panjang.

Pintu bilik tidur itu ditolak. Azwa terjengul di muka pintu. “Kau cakap dengan siapa?”

“Tak ada siapa-siapa,” jawab Waniey .

“Aku macam dengar kau bercakap dengan orang tadi,” kata Azwa .

Waniey tersenyum.

Azwa terjaga mengejut dari tidur.

“Kenapa?”tanya Waniey yang baru hendak membaca Yasin selepas bersolat isyak.

“Aku mimpi saka Amira tu. Takut…” jawab Azwa mengurut dada.

“Kau tidur pun waktu senja tadi. Tak elok tidur waktu senja,” kata Waniey .

“Aku rasa macam takut pula nak tidur kat bilik ni,” kata Azwa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience