BAB 5

Horror & Thriller Completed 345

“Aku nampak kau tengah tidur masa masuk bilik tadi. Aku periksa meja makan. Kau tengah makan juga. Aku naik semula dan gerak kau. Kau bangun dan duduk di tepi katil. Bila aku cerita apa yang aku nampak, kau diam saja. Aku ingat kau tengah mamai ke apa. Bila aku tolak badan kau, kau dongak dan aku nampak muka kau hitam dan hodoh. Hantu,” terang Azwa .

“Biar betul…” kata Amira.

“Buat apa aku nak tipu. Mata aku sendiri yang nampak,” kata Azwa .

“Jom kita periksa bilik kau orang,” cadang Suria.

Mereka berempat ke bilik tidur Azwa dan Amira. Katil Amira kosong.

“Apa yang sedang berlaku ha?” tanya Amira kepada mereka bertiga.

Sudah dua kali orang nampak lembaga menyerupai dirinya. Pertama Mahani dan terbaru Azwa . Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Pagi itu rumah sewa itu kecoh dengan cerita Azwa dikacau hantu menyerupai Amira. Hari itu ahad dan tiada kuliah. Hujung minggu begini mereka serumah selalunya akan masak, makan dan menonton televisyen atau dvd bersama-sama.

“Yang aku hairan kenapa benda tu merupa kau?” tanya Era, salah seorang penghuni bilik sebelah bilik Amira dan Azwa . Dia memang jenis yang suka berterus terang. Tidak suka simpan di dalam hati.

“Itulah aku tengah fikir dari hari tu lagi,” jawab Amira.

“Yang aku tahulah, hantu boleh menyerupai orang yang membelanya. Tapi…”

Amira tersentak. Terasa dengan kata-kata Era.

“Tapi takkan kau membela pula, kan?” sambung Era.

“Itulah… Hairan aku,” jawab Amira. Lega kerana Era tidak berfikir bukan-bukan.

“Sebelum aku kena usik, kau ada pergi /camping/kan?” tanya Mahani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience