BAB 13

Horror & Thriller Completed 345

“Kenapa?” tanya Waniey .

“Rasa macam saka Amira tu ada lagi kat sini,” jawab Azwa .

“Mari kita baca Yasin sama-sama. Kalau kita selalu baca Al-Quran tentu dia pergi dari sini. Insya-Allah,” balas Waniey .

“Kau baca. Aku nak sambung tidur. Letih sangat ni. Aku nak tumpang tidur bilik Suria dan Mahani. Mahani hari ni balik kampung. Suria tinggal sorang,” jawab Azwa dan terus keluar bilik.

Waniey sambung membaca Yassin. Ketika dia sedang membaca Yassin, beberapa kali dia nampak kelibat di luar tingkap bilik tidur yang berada di tingkat atas itu. Dia tidak mempedulikan gangguan lembaga itu. Terus sahaja membaca Yassin. Selepas separuh bacaan, kelibat itu tidak kelihatan lagi.

Tetapi malam itu Waniey diganggu lagi. Kali ini dia dicekik ketika sedang tidur. Dia yang separa sedar, cuba melawan dengan membaca ayat kursi. Tetapi cekikan lembaga itu semakin kuat sehingga nafasnya tersangkak-sangkak. Dia tidak berputus asa. Terus sahaja membaca ayat kursi dan berserah kepada Allah SWT. Perlahan-lahan dia mulai berasa cekikan itu semakin longgar dan akhirnya hilang.

Dia terbidas bangun, mengucapkan Alhamdulillah, mengambil air sembahyang dan bersolat tahajud seperti selalu. Kemudian barulah dia tidur semula.

Sementara Suria di bilik tidur utama baru terjaga dari tidur. Dia menjerit-jerit ketakutan sehinggamengejutkan semua penghuni rumah sewa itu. Mereka terus berkumpul di bilik tidur utama. Kemudian seorang demi seorang dijangkiti histeria kecuali Waniey dan Era. Pak Husni dan Mak Mardihah datang menenangkan keadaan seperti tempoh hari. Semua pulih tak lama kemudian kecuali Azwa . Tetapi Azwa juga dapat dipulihkan selepas sejam kemudiannya.

“Kenapa saka Amira tu tak habis-habis nak kacau kita?” tanya Azwa , tidak puas hati.

“Dia dendam dengan kita ke?” tanya Era pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience