1

Fantasy Series 581

" Awak bangun. Dah pagi ini. " Kejut seorang gadis misteri.

" Hmmm." Sahut Dalili mamai.

Perlahan Dalili bangun dari pembaringan. Duduk memerhati sekelilingnya.

' Kemas. Wangi. Bau bunga. Bunga apa ya ? Tapi aku di mana ? ' Fikir Dalili sebaik sedar sepenuhnya.

" Cepatlah bangun awak. Saya tahu awak berdebarkan. Siaplah cepat nanti semua tertunggu - tunggu. " Kata gadis misteri yang mengejutkannya tadi.

" Bersiap ? Untuk apa ? Kita di mana ? " Soal Dalili keliru.

" Bersiap untuk hari bersejarah kitalah. Kita di hostel dewan Sri Seroja. " Kata gadis tadi teruja.

" Saya tak faham. Awak siapa ? "Soal Dalili pelik.

" Saya Ros. Awak janganlah melengah. Cepatlah bangun. " Kata gadis tadi sebelum menarik tangan Dalili.

Dalili bangkit mengikut langkah gadis misteri tadi.

" Aaa Ros saya mana ada baju lain. " Kata Dalili buntu.

" Ada dalam almari awak. " Kata Ros setelah tertawa manis.

" Ooh. " Kata Dalili sebelum membersihkan badan.

Selepas beberapa minit , Dalili keluar dari tandas. Kelihatan Ros yang sudah siap melaram dengan sepersalinan baju. Cantik. Tapi baju pengantin ?

" Mana almari saya ? "Soal Dalili kesejukkan.

" Itu. Awak menggigil. " Kata Ros gembira sambil menunjuk ke arah almari kayu klasik di sebelah katil yang digunakan Dalili tadi.

" Air paip itu sejuk sangatlah. " Kata Dalili berbahasa sambil bergegas membuka almarinya.

" Air bukit memanglah. Segarkan rasa badan ? " Sahut Ros teruja.

" Ros. Ada satu sahaja baju. Takkan saya nak pakai baju ini ? " Soal Dalili gelisah.

" Ya. Baju itu Ruzain yang pilihkan untuk awak. " Kata Ros.

" Ru Ruzain ? Siapa itu ? " Soal Dalili.

" Awak ini asyik tanya sahaja. Cepatlah siap. Kita nak kena turun pula. " Kata Ros mendesak.

" Baiklah. " Kata Dalili masih keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience