Series
581
Dalili tersentak dari tidurnya. Peluh dingin merenik di dahinya. Angin dingin bertiup sepoi - sepoi bahasa dari tingkap biliknya yang terbuka luas.
Dalili mengusap kasar wajahnya. Kegusaran terpampang jelas di wajahnya. Perlahan dia berpaling memandang ke arah jam dinding.
" Tiga pagi ? Awalnya. Lenguhnya badan. " Rungut Dalili sebelum mengeliat perlahan.
Perlahan - lahan dia menurunkan kakinya dari katil untuk ke tandas. Sebaik dia berdiri kesakitan mengcengkam seluruh kaki kanan sehingga ke lutut. Sementara kaki kiri hanya lutut yang terasa ngilu.
Dalili kembali duduk dan menyelak kainnya. Kakinya diperhatikan tajam. Tiada luka. Tiada lebam. Tiada bengkak. Dia cuba mengingati sekiranya dia ada jatuh semalam. Tiada.
" Ah sebab dah lama tak bersenamlah ini. Asyik tidur sahaja. Inilah jadinya." Rungut Dalili sebelum bergegas menuju ke tandas dalam kesakitan.
Sekali lagi dia memeriksa kakinya. Tapi tetap tiada perubahan. Keadaan kakinya baik - baik sahaja.
Tiba - tiba dia teringat mimpinya tadi.
" Ruzain ? " Gumam Dalili tanpa sedar.
Dalili mengeliat lagi.
" Hah cuma mimpi. Laparlah pula." Gumam Dalili lagi sebelum keluar menuju ke dapur.
Dalili terpandang satu kelibat hitam sedang duduk di meja makan. Langkah kakinya mati. Dia terkaku membisu.
Tiba - tiba lampu dinyalakan.
" Dalili ? " Panggil ibunya.
Dalili berpaling ke belakangnya. Kelihatan ibunya sedang merenung ke arahnya.
" Ibu ? Ibu buat apa ? " Soal Dalili masih terkejut. Pucat wajahnya.
" Ibu hidupkan suis utamalah. Tadi hujan guruh kuat. Ibu tutup suis utama. Ini dah reda ibu bukalah balik. Yang kamu berjaga lagi ini kenapa Dalili ? Bukan esok ada kelas ? " Soal Ibu Dalili pelik.
" Oh , Dalili terjaga. Rasa hauslah pula. Ibu seorang sahaja ke ? Abah tak bangun sekali ? " Soal Dalili menutup perasannya.
Selera Dalili mati dek terlalu terkejut. Dia segera berpaling ke arah meja makan. Kosong ? Tiada siapa di situ ?
" Ibu seorang sahajalah. Abah kamu kan hantar barang keluar negeri. Mana balik lagi. " Kata ibu Dalili.
Tersembur air dalam mulut Dalili. Terbatuk - batuk dia mendengar ucapan ibunya. Hidungnya terasa perit dimasuki air.
" Ish , kamu ini. Minum elok - elok tak boleh ke ? Itulah orang minum duduk kau berdiri. " Bebel ibu Dalili sambil mengurut belakang dada Dalili.
" Maaf ibu." Kata Dalili lembut sebelum mengemas semula semua keserabutan yang dibuatnya sebelum masuk ke biliknya.
Dalili segera berbaring sebelum terlena tanpa sedar.
Share this novel