Series
581
Dalili diam sebelum kembali berdiri.
" Kenapa ? " Soal lelaki tadi pelik.
" Saya nak ke tandas." Kata Dalili kelam - kabut.
" Tak boleh. Awak dah nak bersalin. " Kata lelaki tadi menghalang.
" Saya nak buang air ini. " Marah Dalili.
" Duduk." Kata lelaki tadi tegas.
Tiba - tiba air mengalir membasahi kain Dalili. Dalili terdiam kaku sambil memandang wajah lelaki di hadapannya.
" Tarik nafas lepas. Tenang. Itu air ketuban. " Kata lelaki tadi lembut.
" Haaa ? Mesti sakitkan ? Kalau saya mati macam mana ? " Soal Dalili menggelabah.
" Tak. Percayalah. Duduk dulu. " Kata lelaki tadi memujuk.
Perlahan Dalili menuruti arahan lelaki tadi sebelum terhenti.
" Saya rasa ada darah beku keluarlah. Sebesar penumbuk saya. " Kata Dalili takut.
" Duduk. Biarkan sahaja sehingga dia menangis. " Kata lelaki tadi lembut.
" Haaaa ? " Soal Dalili terkejut dan pelik.
Perlahan - lahan dia mengintai di dalam seluar dalamnya. Sebuah ketulan darah beku terlihat basah di situ.
Lelaki tadi tersenyum sebelum melepaskan lengan Dalili.
" Eeeee apa ini ? Tak ada rupa bayi pun ? " Soal Dalili sebak ketakutan.
Lelaki tadi hanya diam membisu sementara seorang kanak - kanak mulai melangkah ke arah dapur.
" Anak. Ini ibu kamu hormat dia seperti selayaknya seorang ibu." Pesan lelaki tadi.
Kanak - kanak yang hampir melintasi Dalili segera membongkokkan sedikit badannya sebelum terus menuju ke dapur. Dalili diam seribu bahasa.
Dalili segera memandang lelaki tadi sebaik merasakan pergerakkan dan pembesaran sesuatu di dalam seluar dalamnya. Terkebil - kebil dia melihat ketulan darah tadi mulai membesar dan membentuk tubuh seorang bayi.
Tidak lama kemudian kanak - kanak yang berlalu ke dapur tadi kembali dengan segelas air.
Raungan tangisan seorang bayi mulai kedengaran. Dalili terkedu. Lelaki tadi segera mendekatinya. Perlahan - lahan Dalili mengangkat bayi tersebut keluar dari kainnya.
Sempurna sifat dan rupa parasnya. Bersih tanpa setitis darah di tubuh bayi yang keluar. Putih bersih kulitnya.
Dalili membelai pipi bayi tersebut. Kelihatan senyuman manis terukir. Lelaki tadi segera mengambil bayi tersebut.
" Tunggu. " Kata Dalili terkejut.
" Sekarang dah terbuktikan yang saya tak menipu ? " Soal lelaki tadi lembut.
Dalili mengangguk keletihan.
" Ibu air. " Tegur kanak - kanak yang setia berdiri memegang air di sebelah Dalili.
Dalili menyambut pemberiannya sebelum mengusap rambut kanak - kanak tersebut. Dia meminum beberapa teguk air sebelum berpaling memandang ke arah bayi yang baru dilahirkannya. Comel.
Sayu rasa hati Dalili untuk meninggalkannya. Terasa bibit - bibit kasih mulai bercambah mekar di hatinya untuk anak - anaknya.
" Dalili binti Deraman , aku Ruzain bin Ahmad ceraikan kau dengan talak satu." Kata lelaki tadi lembut.
Menggigil tubuh Dalili mendengar kata - -kata yang dilafaz lelaki tadi. Sebak menjalar ke seluruh tangkai hatinya. Perlahan air matanya gugur sedikit.
" Terima kasih. " Kata Dalili walau perit.
" Sama - sama. Awak dah tak boleh datang ke mari tapi mereka akan selalu memerhatikan awak. " Kata Ruzain.
Dalili memandang wajah Ruzain sebelum mengangguk perlahan.
" Anak tolong hantar ibumu pulang. " Kata Ruzain.
Kesemua kanak - kanak tadi bersalaman dengan Dalili sebelum menghantarnya ke hujung kampung.
" Ibu , kami hanya boleh hantar ibu ke mari. Ibu berjalanlah terus. " Kata salah seorang dari kanak - kanak tadi.
" Terima kasih. " Kata Dalili lembut sambil berjalan terus ke hadapan.
Perlahan dia berpaling memandang kanak - kanak tadi. Lambaian tangan mereka menambahkan rasa sebak hatinya.
Tiba - tiba Dalili tersepak sebiji batu dan terjatuh. Akan tetapi jatuhnya terasa jauh , dalam dan gelap.
* * Realiti * *
Dalili tersentak dari lenanya dalam keadaan terkejut yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya terasa lemah tidak bermaya. Hujung jari kakinya terasa sakit seolah - olah tersepak sesuatu.
Perlahan Dalili bangun dari baringnya. Sebaik duduk dia cuba menggerakkan kedua tangannya. Malangnya kedua - dua lengannya terasa sakit.
Dia meraup wajahnya sebelum terasa kedua tubir matanya basah.
" Aku menangis ? " Gumam Dalili pelik.
Perlahan dia menurunkan kakinya ke lantai sebelum berdiri. Perutnya terasa sedikit tegang menyebabkan dia memeriksa perutnya. Kempis ?
Angin malam bertiup sepoi - sepoi bahasa membuatkan langsir biliknya terbuai.
" Tingkap terbuka ? Siapa yang buka ? Maklah agaknya. " Soal Dalili bingung.
Dalili segera menutup tingkap biliknya tanpa memandang keluar sebelum berlalu keluar bilik.
Langkahnya diatur menuju ke dapur untuk mencari ibunya. Malangnya tiada sesiapa di situ. Lampu dapur turut ditutup. Hanya lampu ruang tamu yang kelihatan masih menyala.
Dalili segera menuju ke ruang tamu kerana menyangka ibunya sengaja tidak mengejutkannya. Sebaik tiba di ruang tamu tiada siapa di situ. Dalili memandang jam di dinding.
" 3 a.m ? 3 pagi seriuslah ? " Soal Dalili sambil menepuk pipinya tidak percaya.
Tiba - tiba gelas kaca jatuh di dapur. Dalili segera berlari ke arahnya. Tidak lama selepas dia tiba di dapur , lampu menyala terang - benderang.
Dalili menggelabah memandang ke belakangnya.
" Dah tidur mati sekarang bangun pecahkan gelas pula ? " Soal ibunya.
" Mana ada. Yang ibu tak kejut senja tadi kenapa ? " Soal Dalili menjawab.
" Kamu yang kunci pintu. Ibu ketuk macam nak pecah pintu tak bangun juga. Ibu juga yang salah ? Apa nak jadi kamu ini ? " Soal ibunya geram.
" Oh macam itu ke ? " Soal Dalili serba salah.
Ibunya segera masuk ke bilik menyambung tidur.
' Tapikan pintu aku tak kunci dan tingkap aku tak buka pun. Siapa yang buat ? ' Fikir Dalili keliru dan buntu.
Maaf tamat macam tergantung
Share this novel