Series
581
" Sudah ! Engkau boleh balik. Dan jangan datang lagi ! " Putus sang raja.
Daneen dan Dalili bersorak gembira.
" Maaf Dalili. Saya tak boleh hantar awak. Awak jalan terus menuju ke arah matahari terbenam. Awak akan sampai ke dunia awak. Jumpa lagi. " Kata Daneen.
" Okay. Terima kasih Daneen. " Kata Dalili sebelum segera berlari ke arah matahari terbenam.
Di pertengahan jalan , Dalili terserampuk batu sebelum tersedar dari lenanya.
Dia terduduk dalam keadaan selimut menutupi seluruh tubuh badannya. Melorot selimut jatuh dari kepalanya. Nafas Dalili berombak laju seolah - olah dia betul - betul berlari. Jam loceng dipandangnya cemas.
" 6 : 30 pagi. Dah lambat. " Kata Dalili cemas. Dia segera bangkit berlari ke tandas.
" Eh , kamu berlari - lari dah kenapa ? " Sapa mak Dalili.
" Huh , mak. Orang dah lambatlah nak pergi sekolah. Kenapa mak tak kejut ? " Soal Dalili terburu - buru.
" Eh , bukan kamu dah lama bangun ke ? Mak masuk bilik kamu. Katil kamu dah berkemas. Kamu mengigau ke ? Dengan berpeluh - peluh. Kamu maraton ke mana ? " Bebel mak Dalili.
" Apa - apa sahajalah mak. Orang dah lambat ini. " Kata Dalili sebelum bergegas bersiap.
Sebaik berada di sekolah , Dalili menghadapi harinya dengan riang. Semangatnya luar biasa. Segala
proses pembelajaran dan pengajarannya juga berjalan lancar. Segala masalah dan kesedihannya berlalu pergi seakan dia baru dilahirkan semula.
Sedang Dalili leka berehat di bawah sepohon pokok , dia terpandang ke suatu arah dan melihat Daneen melambai - lambaikan tangannya kearah Dalili.
Dalili tersenyum manis sebelum mengangguk. Dia tidak melambai kembali kerana takut orang menganggapnya gila. Kerana bukan semua orang yang mampu melihat Daneen. Daneen bukanlah manusia seperti Dalili.
Jujur setelah peristiwa semalam , Dalili menjadi tersangatlah tenang. Harinya dihabiskan dengan senyuman manis.
Sedang dia leka memerhati Daneen tiba - tiba dia terpandang seseorang yang mengekori Daneen sebelum mereka berpegangan tangan.
' Teman lelaki Daneen ke ? ' Soal Dalili dalam hati.
Daneen mengangguk sebelum berlalu pergi menghilangkan diri.
Dalili hanya mampu tersenyum sambil tertawa dalam hati.
' Datang nak tunjuk dah ada teman lelaki sahaja rupanya. ' Kata Dalili dalam hati.
Share this novel