11

Fantasy Series 581

Flashback....

** Alam mimpi **

" Jom ikut saya ke tempat saya. Kita seronok - seronok. " Pujuk Daneen pada Dalili.

Dalili masih lagi menangis bersedih akan masalahnya.

" Jomlah. " Kata Daneen lagi.

Lambat - lambat Dalili mengangguk perlahan.

Sekelip mata persekitarannya berubah menjadi sebuah tasik di tepi air terjun. Beberapa ekor arnab putih berlari - lari riang di balik rumput panjang. Bebunga mekar mewangi.

Dalili tersenyum manis. Terasa tenang hatinya melihat persekitaran yang tenang. Segala masalahnya mulai rasa terangkat pergi. Damai mula memenuhi lubuk hatinya.

" Jom. " Tegur Daneen sebelum menarik tangan Dalili ke arah sekumpulan arnab.

Dalili tenang mengikuti langkah Daneen sebelum duduk di atas rumput. Sekuntum bunga dipetiknya sebelum diciumnya dalam dan berbaring di situ. Daneen menghilangkan diri memanggil rakan - rakannya. Bunyi deruan angin dan deruan lembut angin menambahkan lagi rasa tenang Dalili.

Seekor arnab putih berlari mengelilingi kaki Dalili sebelum beberapa ekor arnab putih berlari mengekorinya. Perlahan Dalili mula tersenyum. Pedih hatinya yang terasa tadi mulai terubat. Kehijauan sekelilingnya terasa seperti memujuk hatinya.

Senyuman manis mulai terukir di wajah Dalili. Wangian bunga segar membuatkan mata dan fikirannya segar.

Perlahan dia duduk diatas rumput yang nan menghijau. Selesa membuatkan dia terbuai. Sebaik dia duduk beberapa ekor arnab mulai mendekatinya. Perlahan dia mengusap bulu arnab. Lembut dan manja. Terasa berterbangan masalah yang melanda hatinya.

Seiring waktu , Dalili mulai hanyut melayan telatah comel arnab sambil memetik bunga yang mekar. Bunga diciumnya tenang membuatkan dia lupa akan persekitarannya.

Tanpa disedarinya telah berjam waktu berlalu tapi tidak terasa olehnya.

" Dalili dah sampai masa untuk kau ke sekolah. " Kata Daneen lembut.

" Betul ke ? Rasa sekejap saja. Hmmm. " Sahut Dalili kurang senang.

" Tak payah baliklah. Duduk sini sahaja. Tenang. Tak susah hati. " Kata rakan Daneen memujuk.

" Mana boleh. Saya kena balik. " Kata Dalili susah hati.

" Tak payahlah Dalili. " Kata Daneen pula.

" Tak boleh ! Saya kena balik sekarang juga ! " Bentak Dalili mula memberontak.

" Okaylah. Jom minta izin raja dulu. " Kata Daneen sebelum bangkit.

" Hah raja ? Ayah awak ? Kenapa kena minta kebenaran pula ? " Soal Dalili keliru.

" Sebab bukan senang - senang boleh keluar masuk kampung kami. " Kata rakan Daneen.

" Oh. " Kata Dalili memahami.

" Tak kiralah. Saya nak balik juga. Sekarang ! " Bentak Dalili tak puas hati.

" Ya kita cuba minta izin. " Kata Daneen gelisah.

" Jom balik istana. " Kata Daneen sambil melangkah laju diikuti rakan - rakannya.

" Jom cepat. " Kata Dalili gelisah.

Di istana

" Ayahanda bolehlah. Dalili kena pergi sekolah. Bolehlah. " Kata Daneen.

" Bolehlah tuanku. Saya nak balik sekarang juga. Saya janji akan rahsiakan tempat ini. Tolonglah. " Kata Dalili cemas setelah berulang kali dipujuk tetapi tidak berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience