7

Fantasy Series 581

Dalili tersenyum walau terasa kekok. Keriangan kanak - kanak tadi terus mengamit perhatiannya.

" Kita dah sampai. " Kata lelaki tadi lembut sambil berdiri di tepi tangga.

" Terima kasih." Kata Dalili sebelum menuju ke arah tempayan di sisi tangga.

Dalili segera membasuh kakinya yang kotor setelah berkaki ayam. Perlahan - lahan dia naik ke atas rumah sambil memerhati sekelilingnya.

Ruang tamunya kelihatan luas walau dari luar kelihatan kecil sahaja rumahnya. Lantai buluh kelihatan sangat kemas buatannya. Ruang dapur kelihatan agak ketara dari tengah ruang tamu walau ditutup dengan langsir.

Kelihatan sebuah tangga kayu tegap di tengah rumah menuju ke ruangan atas. Rumahnya kelihatan kemas dan teratur seakan tidak pernah ditinggalkan.

" Ibu ? " Sapa salah seorang kanak - kanak yang memimpin tangan Dalili tadi.

" Mana ibu adik ? " Soal Dalili terkejut dan pelik melihat kanak - kanak dan lelaki tadi masuk ke rumahnya.

" Awaklah ibu kepada anak - anak saya. Dalili binti Deraman , awak isteri saya yang sah. Dan ini rumah kita. " Kata lelaki tadi.

" Tipu. Saya memang rasa pernah nampak awak. Tapi tak mungkin awak suami saya. Awak salah orang. Saya nak balik ini bukan tempat saya. " Pekik Dalili tertekan.

" Awak tak boleh balik. Saya tak salah orang. Awak memang isteri saya. Ibu kepada mereka." Kata lelaki tadi tegas.

" Tak. Tak mungkin. Awak tipu. Awak tipu. " Pekik Dalili lagi. Air matanya mulai mengalir deras.

" Tak boleh Dalili. Dalam perut awak ada anak saya. Saya nak anak saya. " Kata lelaki tadi lembut.

" Tak saya tak mengandung. Awak tipu. Saya nak balik. Saya nak balik sekarang juga." Pekik Dalili lagi.

" Tak boleh. Awak mengandungkan anak saya." Kata lelaki tadi lagi.

" Tipu. Saya cuma buncit bukan mengandung. "Pekik Dalili sebelum menepuk kasar perutnya.

" Tak saya tak tipu. Awak mengandung anak saya. Jangan pukul dia. Kalau awak tak nak jaga dia biar saya jaga dia. Dan awak tak perlu datang ke mari lagi. " Kata lelaki tadi tegas sebelum memegang lengan kanan Dalili.

" Lepas saya nak balik. " Pekik Dalili sambil menghentak kakinya.

" Tak boleh. Anak saya dalam perut awak. "Kata lelaki tadi tegas.

" Saya nak balik. " Kata Dalili sambil menangis teresak - esak.

Sedaya upayanya , Dalili menjauhkan diri dari lelaki tadi. Anak tangga segera dipanjatnya sebelum dihalang lelaki tadi.

Kedua lengan Dalili dipegang lelaki tadi kemas menyebabkan dia gagal melarikan diri. Dia perlahan - lahan duduk di anak tangga sambil menangis teresak - esak.

Perlahan Dalili memandang ke arah kanak - kanak yang setia memerhati pertengkarannya. Riak sayu tergambar di wajah mereka dengan mata yang berkaca.

Dalili terkedu keliru. Sayu terasa menjerut tangkai hatinya.

" Saya nak balik. " Kata Dalili perlahan.

" Ya selepas awak lahirkan anak saya. Saya cuma nak anak saya." Sahut lelaki tadi lembut.

" Saya tak mengandung." Kata Dalili.

" Anak saya dalam perut awak. " Kata lelaki tadi berkeras.

" Tipu." Bantah Dalili.

" Kalau betul awak nak buat apa ? " Soal lelaki tadi.

" Ceraikan saya. " Kata Dalili yakin.

" Baik. " Kata lelaki tadi sedikit sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience