Series
581
" Lily ? Awak dah siap ? Mari kita pergi." Kata Ros yang tiba - tiba muncul.
" Haa ? " Sahut Dalili terkejut sebelum terpegun melihat wajah Ros.
" Dah selesai. " Kata wanita yang menyolek wajah Dalili.
" Okey jom. " Kata Ros ceria sebelum menarik tangan Dalili untuk mengikutinya.
" Terima kasih. " Kata Dalili kepada wanita yang menyoleknya dengan kelam - kabut.
Huru - hara langkah kaki Dalili cuba mengikut langkah kaki Ros yang laju.
Sebaik tiba di sebuah dewan tertutup , Ros segera menarik Dalili menuju ke kaunter pendaftaran.
" Ros Aliana dan Dalili." Kata Ros kepada penjaga kaunter.
" Okey jemput masuk dan sila tunggu sebentar. Giliran Cik sudah hampir tiba." Kata penjaga kaunter ramah.
" Terima kasih." Kata Ros sebelum menarik tangan Dalili menuju ke keramaian.
" Kita buat apa di sini ? Dan kenapa semua berpakaian seperti pengantin ? " Soal Dalili pelik.
" Kita nak kahwinlah. " Kata Ros teruja.
" Apa ? Ka kahwin ? Awak biar betul Ros. Saya mana ada pasangan." Kata Dalili gelisah.
" Ya kahwin. Adalah pasangan awak. Nanti dia sendiri datang cari awak selepas akad selesai. " Kata Ros gembira.
Tiba - tiba kedengaran jelas di pembesar suara dewan suara lelaki berusia memulai akad nikah seseorang.
" Aku nikahkan dikau akan Puteri Seroja binti Raja Adnan berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya seberangkat alat solat dibayar tunai. " Kata lelaki tua dari corong pembesar suara dewan.
Kelihatan beberapa orang gadis berpelukan kegembiraan setelah lelaki yang diakadkan sebentar tadi menerima nikahnya.
Dalili terkedu buntu cuba memproses segala yang terjadi. Tanpa disedarinya air matanya menitis membasahi pipinya.
" Aku nikahkan dikau akan Ros Aliana binti Razman berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai. " Pengumuman dari pembesar suara.
Kelihatan Ros dipeluk oleh beberapa orang gadis yang sedang menunggu gilirannya. Ros menangis gembira sebelum seorang lelaki datang mendekatinya dengan senyuman manis.
Tinggallah Dalili bersendirian dalam keramaian yang janggal. Ros telah menghilang mengikut suaminya ke jamuan makan beradap.
Dalili yang keliru segera keluar dari ddewan melalui pintu belakang dewan. Kelihatan taman sunyi yang indah menghijau di hadapannya.
Dalili terpaku melihat kecantikan rama - rama yang berterbangan bebas dari satu bunga ke satu bunga. Senyuman sayu terukir dibibirnya sebelum air matanya mencurah - curah.
" Aku nikahkan dikau akan Dalili binti Deraman berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya sepersalinan sutera." Sayup - sayup kedengaran dari corong pembesar suara dewan.
Dalili terkedu sebelum terduduk meratap di atas rumput yang menghijau. Sungguh dia keliru dengan semua yang terjadi.
' Nikah ? Siapa yang menjadi suamiku ? Kenapa tiba - tiba ? ' Fikir Dalili bercelaru.
Tiba - tiba seekor arnab putih bersih berlari dan terguling di hadapan Dalili. Segera dia menyeka air matanya sebelum membangunkan semula arnab gemuk yang terbaring.
Perlahan - lahan senyuman nipis terukir di bibir Dalili sebaik melihat mata bulat arnab tadi sebelum arnab tadi kembali berlari.
Dalili segera bangkit mengekori arnab yang sangat menarik perhatiannya sehingga ke satu kawasan sunyi yang agak jauh dari dewan.
Kelihatan sebuah jambatan usang di bawah pokok beringin. Arnab tadi terus berlari melaluinya. Kelihatan kayu yang membina jambatan tersebut sudah reput dihiasi tirai akar semulajadi pokok diatasnya menyebabkan Dalili terkedu ketakutan.
Deruan air terjun kedengaran jelas di telinganya. Sebaik diperhatikan, Dalili mendapati ada aliran air terjun di bawah jambatan pokok beringin tersebut. Seakan - akan dia terapung dari tebing sebelah Dalili sehingga ke seberang sana.
Dalili kaku memerhati keajaiban di hadapannya. Dia terus menjadi tugu di situ.
Share this novel