6

Fantasy Series 581

* * * Tiga bulan kemudian * * *

Dalili mengharungi hidupnya dengan aman tanpa gangguan semenjak kejadian hari itu. Hanya tubuh badannya yang semakin lemah dan membuncit dek selera makannya yang berubah.

" Dalili. Kamu cutikan hari ini ? " Soal ibunya tiba - tiba.

" Haah." Sahut Dalili sebaik menelan menu sarapannya.

" Pergilah berjogging. Bersenam. Ibu tengok kamu makin berisi. Itu perut itu dah macam orang mengandung. Asyik makan sahaja. Makan tidur makan tidur. Tak eloklah untuk anak dara macam kamu. Pergilah bersenam. " Kata ibu Dalili panjang lebar.

" Ala ibu. Mula dah ceramah dia. Nanti Dalili dietlah. In sya Allah tak ada apalah ibu. Dalili bukan tak nak pergi tapi penatlah ibu. Dalili nak rehat sahaja. Boleh ya ibu ? " Soal Dalili mengada - ngada.

" Kalau ayah kamu balik dan tak kenal kamu dah. Ibu buat tak tahu sahaja. " Kata ibu Dalili geram.

" Takkan sampai macam itu. Ibu ini lebih - lebihlah. Lain sangat ke Dalili sekarang ibu ? " Soal Dalili takut.

Pinggan yang digunakannya tadi segera dicuci.

" Ikut suka kamulah. Ibu cakap bukan nak dengar. " Kata ibu Dalili.

" Alah ibu maaflah. Nanti Dalili fikirkan ya ? Dalili betul - betul nak rehat ini. Bye ibu. " Kata Dalili sebelum mencium pipi ibunya dan berlari masuk ke biliknya.

Dalili berbaring di katilnya sebelum termenung. Setelah beberapa minit Dalili memutuskan untuk tidak peduli.

Dia terlena kembali.

* * Alam mimpi * *

" Aku dekat mana ini ? Tenangnya kampung ini. Lembut sahaja angin bertiup. Redup. " Gumam Dalili sambil memerhati sekitar kawasan kampung.

Hutan belantara mengelilingi kawasan kampung tersebut. Tenang dan damai. Rekaan rumah kelihatan klasik dan unik. Sepenuhnya berasaskan kayu , buluh dan pelepah.

Dalili leka memerhati keindahan kampung tersebut tanpa menyadari dirinya diperhatikan oleh beberapa orang kanak - kanak.

Berlari pulang kesemua anak - anak yang sibuk bermain bergurau senda. Dalili mulai terasa penat memusing di kampung tanpa tujuan.

" Aku nak balik. Penat sangat dah. " Rungut Dalili.

Tidak lama kemudian muncullah seorang lelaki yang berpakaian serba putih diikuti beberapa orang kanak - kanak. Berjubah dan serban seperti orang alim dengan wajah yang bersinar pelik.

" Saudari mahu ke mana ? " Soal lelaki asing itu.

" Maaf saya tersesat. Saya nak balik tapi terlalu penat. " Kata Dalili lurus.

" Saudari tak tersesat. Memang saudari penduduk kampung ini. Mari saya tunjukkan rumah saudari. " Kata lelaki tadi.

" Kita kenal ke ? Macam pernah nampak tapi saya tak ingat. " Kata Dalili keliru.

" Ya kita kenal. Mari. " Kata lelaki tadi.

Kanak - kanak yang mengikuti lelaki tadi segera mengerumuni Dalili sebelum memberikan sehelai selendang putih kepadanya.

Dalili terkedu keliru. Lelaki tadi memandangnya sambil tersenyum.

" Pakailah. Tutupilah rambutmu. Mahkota dirimu. " Kata lelaki tadi lembut.

Dalili memandang kanak - kanak yang rupanya sangat seiras antara satu sama lain. Perlahan mereka mengangguk kepala.

Dalili segera memakai selendang tersebut seadanya. Kanak - kanak tadi segera memimpin tangan Dalili mengikut langkah lelaki tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience