4

Fantasy Series 581

" Pergilah. Jambatan itu kukuh dan selamat." Kata seorang lelaki asing kepada Dalili.

" Betul ke ? " Soal Dalili keliru.

Lelaki tadi mengangguk perlahan. Dalili tanpa menyedari dia melangkah secara spontan menuju ke tengah jambatan tersebut sebelum terhenti.

Dalili terpandang sekumpulan wanita sedang berseronok mandi - manda dan mencuci pakaian mereka.

" Penghadang itu teguh jangan risau." Kata lelaki tadi lagi sebaik melihat Dalili berdiri di tengah jambatan sambil mengintai ke bawah.

" Betul ke ? Buktikan ? " Soal Dalili sebaik melihat penghadang jambatan itu benar - benar uzur.

Kayu reput yang selayaknya digantikan dengan kayu baru dikatakan kukuh ? Sungguh Dalili keliru dengan situasi yang jauh berbeza dengan akal logiknya.

" Saya tak boleh ke sana. Kawasan larangan untuk lelaki. Kerana anak gadis berkeliaran di sana. Kami sangat menjaga maruah gadis di sini. " Kata lelaki tadi.

Dalili mengangguk mengiakan kata - kata lelaki tersebut. Perlahan dia mendekati penghadang jambatan memerhati kegiatan anak gadis berpakaian serba putih di dalam kawasan air terjun. Habuk kayu dari penghadang jambatan gugur menakutkan Dalili.

Angin sepoi - sepoi bahasa menenangkan hati Dalili yang gusar. Dia terleka menikmati keindahan alam semulajadi. Lelaki tadi hanya diam asyik memerhati tindak - tanduk Dalili.

" Dalili binti Deraman." Panggil lelaki tadi.

Dalili yang keliru segera mendekatinya.

" Awak siapa ? " Soal Dalili pelik.

Lelaki tadi diam sambil menghulurkan sebuah kotak hadiah. Dalili segera membukanya. Satu set pakaian sutera bewarna putih diperhatikan.

" Itu mas kahwin awak. Saya Ruzain Fitri bin Abdul Rahman. Suami awak yang sah." Kata lelaki tadi.

" Ru Ruzain ? Orang yang pilih baju ini ? Suami ? Saya tak kenal awak pun. Macam mana boleh nikah ? Pulangkan saya pada orang tua saya." Kata Dalili berang.

" Tapi kenapa Dalili? Tolonglah awak. Jangan mengarut. Jom kita balik dulu. Kita bincang elok - elok. " Kata Ruzain sebelum memegang tangan Dalili lembut.

Dalili menyentak tangannya sambil menangis.

" Tak saya tak nak. Lepaskan saya. " Kata Dalili emosi sebelum menolak mas kahwinnya ke dada Ruzain.

Perlahan Ruzain menyambut mas kahwin Dalili sebelum membiarkan Dalili berlari menjauhinya. Dia terpaksa meredhakan pemergian isteri yang baru dinikahinya. Bukan tidak sayang cuma tak ingin memaksa.

Tiba - tiba Dalili terlanggar sebiji batu bulat dan tersungkur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience