Kringgggg kringggg kringggg!!
Itulah bunyi yang disukai sekali. Tamat waktu sekolah, ada yang berlari-lari meninggalkan sekolah. Ada juga berjalan sambil bercakap-cakap dengan teman-teman sekelas ataupun teman sebaya. Along? Duduk di sebuah kerusi batu di tepi kantin sekolah berseorangan.
Sesiapa yang lalu di depannya, hanya menjeling. Along yang sekarang adalah pendiam. Berbeza sekali dengan Along yang 6 tahun sudah, iaitu sebelum kematian ibunya. Pernah dulu, Along peramah. Suka bergaul dengan orang ramai. Sekarang tidak lagi. Dia hanya bertemankan hatinya sendiri sehinggakan pelajar lain takut untuk menegurnya. Pelik pada fikiran orang lain.
Aziz dan Zaki keluar dari satu blok dan menuju ke tempat letak basikal. Anak mata Along bergerak mengikuti pergerakan mereka berdua. Penumbuk dikepal kemas sekali. Geram! Merekalah yang selalu mengganggu aku, yang membuatkan aku benci pada sekolah.
“Manusia ni macam-macam, Long. Ada yang baik, ada yang kurang baik.”
Ibu senyum dan menyambung lagi, “dan yang palik baik, manusia yang sabar.”
Along melonggarkan kepalan tanggannya. Nafas ditarik, mata dipejamkan. Rapat. Along menghela nafas seraya membuka mata. Kerusi batu ditinggalkan.
Share this novel