BAB 5

Crime Completed 6056

Berjalan di belakang bangunan kedai. Melihat longkang dan tong sampah. Bukan kedamaian yang diperoleh namun tidak juga dia mencari. Dia hanya mahu keluar. Meow meow! Seekor kucing berwarna putih mengiau lembut di atas anak tangga belakang bangunan kedai tersebut. Kecil. Mungkin ditinggalkan ataupun mungkin ibunya sudah mati digilis kereta seketika mencari makanan. Along melabuhkan punggungnya di atas anak tangga dan bersandar di sebuah pintu. Dia menggosok-gosok belakang kucing itu.

“Engkau fikir boleh lari dari aku?”

Laju degupan jantungnya sehinggakan dia sendiri dapat mendengar detakan itu. Suara itu kembali. Dia sangat terkejut menyebabkan tubuhnya terundur dan merempuh pintu di belakangnya. Pintu itu terbuka sedikit. Sudahlah! Cukup kau ekori aku! Suara itu ketawa. Along berkalih pandangan kiri dan kanan mencari-cari pemilik suara itu.

“Aku ekori engkau? Along, aku ni suara hatimu. Bisikan hatimu. Seberapa jauh pun engkau pergi, aku tetap bersama engkau.”

Tidak! Engkau bukan aku dan aku tidak mengenali-mu! Along membentak. Tidak lagi ada sahutan dari suara itu. Kucing putih sudah lari. Mungkin terkejut melihat perlakuannya sebentar tadi.

Bisikan hati? Kenapa bisikan hatinya kedengaran dari luar? Garau sebegitu bukan bisikan. Selayaknya dipanggil tengkingan. Dia benci pada bisikan hatinya. Dia hanya cinta pada bisikan nasihat daripada ibunya. Cukuplah hanya satu bisikan baginya. Bisikan yang memberi ketenangan, bisikan yang dapat mengurangkan rasa rindunya pada ibu. Ini tidak! Datang pula bisikan yang bingit dan menakutkan. Hadir ketika aku tidak menjangkakan.

Along berdiri. Dikebas-kebas punggungnya. Dia mengintai di sebalik pintu. Dia bimbang sekiranya ada orang di sebalik pintu yang dirempuhnya itu dengan tidak sengaja tadi. Sekadar bilik kosong. Bersawang dan berhabuk. Pasti sudah tidak digunakan lagi. Pintu ditolak. Along melangkah masuk.

Ada beberapa kotak disusun rapi dan disandarkan ke dinding. Ada juga rak bertingkat. Di atas rak tersebut, tersusunnya senduk, garpu, sudu, pisau, dan bermacam lagi alatan besi logam. Along mencebik bibir. Mungkin bilik ini pernah digunakan untuk berniaga kelengkapan di dapur. Setelah beberapa minit, Along pergi pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience