“Aziz! Jangan buat kawanmu begitu!”
Cikgu Nora memarahi Aziz. Terkekeh-kekeh Aziz menahan tawa.
“Along, keluarkan kerja rumah yang cikgu beri kelmarin.”
Aziz mengangguk. Sebuah buku latihan berwarna coklat dikeluarkan dari beg dan dihulurkan kepada Cikgu Nora yang berdiri di hadapannya. Along tidak pernah meninggalkan buku latihannya kosong. Segala kerja yang diberi akan dipastikan beres. Sama ada kerja itu bagus ataupun tidak, dikemudiankan. Dia tidak mahu cikgu-cikgu yang mengajar mengenalinya sebagai pelajar yang malas dan tidak cemerlang. Cukuplah dengan gelaran tidak cemerlang.
“Malas itu penyakit, Along. Penyakit yang akan membinasakan diri sendiri.”
Sesungguhnya Along terlalu rindu ibunya. Kata-kata nasihat daripada ibunya ibarat nadi untuk dia meneruskan hidup. Tetapi, Along juga perlukan belaian kasih dan sayang dari ibu. Along semakin lemah, ibu. Jiwa Along sedang sakit dan semakin parah. Mata Along bermanik. Cepat-cepat dia menghakis ingatannya pada ibu.
Share this novel