Bab 8
HAMPIR tiga jam aku berada di dalam pasar raya itu, namun kelibat abang Giant masih lagi tidak kelihatan. Sudah berapa kali aku berpusing di dalam Giant itu pun tidak dapat aku hitung. Tapi aku tetap dengan keputusan aku, hanya akan pulang setelah bertemu dengannya. Kalau aku tidak dapat bertemu dengannya hari ini pasti aku harus menanti sehingga sabtu baru aku dapat bertemu dengannya semula.
Dapatku lihat muka adikku sudah masam mencuka, pasti dia kelaparan saat ini. Aku memberikannya wang dan menyuruhnya pergi makan tengahari terlebih dahulu sementara aku akan terus menunggu abang Giant di sini. Perutku tidak akan terasa lapar selagi aku belum berjumpa dengan abang Giant.
Kakiku berjalan menuju ke kawasan anak patung sementara mataku masih lagi melilau mencari kelibat abang Giant. Tiba-tiba mataku terpegun pada satu anak patung beruang berwarna coklat yang sangat comel. Aku melihat-lihat patung yang berada di rak itu. Sedang aku asyik membelek patung-patung di rak itu, tiba-tiba badanku di langgar oleh seseorang dan menyebabkan aku terlanggar budak yang berada di sebelahku dan menyebabkan patung yang berada di tangan budak itu terjatuh. Perasaan marah mula menular dalam diriku. Aku memaling ke belakang dan degan nada yang marah aku berkata kepada lelaki itu.
“Awak ni kenapa? Tak…” termati kata-kataku disitu apabila melihat lelaki yang berada di depanku itu. Abang Giant! Terkebil-kebil mataku memandangnya. Perasaan marah yang tadi menjelma hilang serta merta apabila betentang mata dengannya.
“Cik tak apa-apa ke?” lembut tutur kataku ketika ini. Nasib baik aku tidak meneruskan kata-kata marahku sebentar tadi. Kalau tidak, tak dapatlah aku meneruskan misi untuk berkenalan dengan abang Giant ini.
“Maafkan saya cik.” Katanya dengan penuh kesal kerana telah melanggarku sebentar tadi.
“Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya yang bersalah sebab berdiri kat sini. Sepatutnya dah ambil barang saya jalan, ni tak saya pergi berdiri je kat sini sampai awak terlanggar saya.” Kataku dengan nada yang paling sopan sekali. Bukan apa untuk cover semula nada marahku padanya sebentar tadi.
Abang Giant tunduk dan mengambil patung yang telah terjatuh lalu memberikannya kepadaku. Budak yang berada di sebelahku itu hanya terkebil-kebil melihat patung yang dipegangnya tadi diserahkan kepadaku.
“Ni patungnya. Sekali lagi saya minta maaf.” Kata abang Giant dengan senyuman sambil berlalu meninggalkan aku di situ.
Aku memandangnya tanpa mataku berkedip. Gembira dapat berbicara dengannya walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan. Aku melihat patung yang diberikan kepadaku. Aku berazam akan membeli patung yang ditanganku walau berapa harganya sekalipun.
“Kak… nak tu.” Budak itu meminta patung yang telah berada di tanganku. Mana mungkin aku akan memberikan patung itu kepada budak itu kerana abang Giant telah menyerahkan patung itu kepadaku. Aku mula mengambil patung lain yang sama di atas rak itu dan menyerahkannya kepada budak itu.
“Terima kasih kak.” Kata budak itu dan berlalu pergi meninggalku seorang diri disitu.
“Fuh… nasib baik ada patung lain yang sama dalam rak tu. Kalau tak mesti dia nak patung yang ada kat tangan aku ni. Dahlah abang Giant bagi takkan aku nak bagi dia pulak.” Gomelku sendirian. Aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran.
Melilau mataku mencari adikku. Kat mana pula budak ni makan. Setelah sepuluh minit mencari, akhirnya aku temui juga dirinya.
“Kat sini rupanya kau mencekik. Penat tau orang cari kau.” Sergahku, tapi ternyata Noor tidak terkejut malah dia boleh lagi tersenyum memandangku.
“Yang kau tak telefon tanya tu kenapa?” tanya adikku.
Baru aku teringat kenapalah aku tidak menelefonnya sahaja.
“Ni mesti kau jumpa Abang Giantkan? Tu yang sampai terlupa tu.”
Senyuman terus terukir di bibirku tatkala mendengar nama si dia.
“Teddy bear tu untuk orang ke?” Noor ingin mengapai teddy bear yang ku letakkan di atas meja sewaktu aku sampai tadi. Dengan pantas aku memukul tangannya tanda tidak memberikan kebenaran kepadanya untuk meneruskan niatnya,
“Ni bukan untuk kaulah. Ni Abang Giant bagi kat orang.” Bicaraku sambil tersenggeh-senggeh.
“Abang Giant bagi? Impossible.”
“Apa yang impossiblenya. Memang Abang Giant bagi kat orang.” Sengaja aku tidak mahu menceritakan perkara yang sebenarnya telah berlaku tadi. Noor masih lagi menggelengkan kepala tanda tidak percaya dengan segala kata-kataku.
Share this novel