Bab 13

Romantic Comedy Series 6561

Bab 13

Setelah melihat kesungguhannya dan melihat keadaan perutku yang sudah berkeroncong, aku bersetuju dengan cadangannya itu.

Selasai sahaja mengambil segala pesanan kami, pelayan itu pun berlalu meninggalkan kami berdua. Aku melihat tiada langsung inai dijarinya tatkala Abang Giant meletakkan tangannya di atas meja. Aik! pasal pulak dia tak pakai inai ni. Oh lupa pulak ramai jugak orang lelaki sekarang yang tak nak pakai inai masa kahwin. Bicara hatiku sendiri.

“Isteri awak tak marah ke, awak keluar makan dengan saya ni?” Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutku.

“Isteri?” tanya abang Giant kehairanan. “Saya kahwin pun belum macam mana nak ada isteri. Lainlah kalau awak sudi…” kata Abang Giant terhenti disitu. Terkejut diriku saat mendengar kata-katanya. Barulah aku tahu rupanya perempuan itu bukan isterinya. Tapi kenapa abang Giant tidak meneruskan kata-katanya.

“Kalau saya sudi apa?” sengaja soalan itu ku tujukan kepadanya. Aku ingin mendengar apakan yang ingin diperkatakan Abang Giant.

“Tak ada apa-apalah. Awal lagi kot. Sebenarnya saya nak bagitahu awak sesuatu.” Bicaranya dengan sopan.

“Apa dia?” tanyaku.

“Saya sebenarnya dah lama suka kat awak.”

Terlonggo aku mendengar penjelasan yang diberikan oleh Abang Giant itu. Alangkah indahnya apabila ayat yang keluar daripada mulut abang Giant. Terasa macam dunia ini aku yang punya.

“Dah lama awak suka saya?” sengaja aku bertanya begitu kerana mahukan kepastian. Abang Giant dengan pantas menganggukkan kepalanya.

Aku ketawa riang dalam hati. Abang Giant pun suka aku, rupanya aku bukan bertepuk sebelah tangan. Patutlah perasaaan rindu ada walaupun dah dua minggu tidak berjumpa. Gomelku sendirian di dalam hati. Tika ini barulah senyuman manis aku lemparkan kepada abang Giant, senyuman hambar tadi kubuang jauh-jauh.

“Siapa ye perempuan yang selalu jalan dengan awak tu?” Aku memberikan soalan yang selama ini teringin sangat aku tahu jawapannya. Dan hari ini, aku pasti mendapat jawapannya.

“Oh, itu akak sepupu saya. Saya memang rapat dengan dia sejak kitaorang kecik lagi. Saya dah anggap dia macam kakak kandung saya sendiri. Dia pun dah kahwin.” Terangnya dengan panjang lebar.

“Oh patutlah inai penuh kat jari.” Kataku lagi.

“Awak cemburu ke?” kini abang Giant pula bertanya kepadaku.

“Buat apa saya nak cemburu, awak bukannya pakwe saya pun.” Sengaja aku berkata begitu. Ceh, jual mahal pula aku. Kalau abang Giant ni cari orang lain baru aku yang merana.

“Sebenarnya saya pun dah lama suka kat awak juga.” Akhirnya aku berterus terang juga dengannya, aku tidak mahu bertangguh-tangguh lagi. Takut dirinya dikebas orang lain. Sebelum orang lain kebas baik aku yang kebas.

“Sejak awak tengok nama saya dekat pas pekerja saya ke?” tanya abang Giant lagi.

“Macam mana awak tahu. Nampak sangat ke?” malunya hatiku saat ini. Masa buat tak tahu malu pulak.

“Nampak sangat.”

Mendengar ayat yang keluar dari mulut abang Giant itu pipiku sudah merah padam menahan malu.

“Saya pun suka awak sejak tu juga. Kali pertama terpandang awak terus terpanah hati saya. Tu yang saja saya letak pas kerja kat situ. Nak bagitahu awak nama saya.” Jelas abang Giant. Kami berdua sama-sama ketawa. Aku benar-benar tidak menyangka.

“Awak nak tahu tak, masih kali kedua saya jumpa awak, sengaja saya langgar awak. Supaya saya boleh cakap dengan awak. Nasib baik masa tu awak tak marah saya. Dan masa kali ketiga saya nampak awak, saya pun cari idea macam mana boleh bercakap dengan awak lagi. Tiba-tiba idea cicirkan barang datang. Tu yang saya sengaja je cicirkan barang saya.” Ceritanya lagi. Baru kutahu kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku.

“Patutlah, saya ingatkan awak ni seorang yang cuai.” Dengan selamba sahaja aku mengatakan itu kepada abang Giant.

“Tapi kenapa masa tu awak panggil saya abang Giant walaupun masa tu awak dah tahu nama saya?” soal abang Giant.

“Sebab saya rasa nama tu sesuai dengan awak. Dan nama tu adalah gelaran manja untuk awak. Dan saya akan terus memanggil awak dengan gelaran manja itu.” sengaja aku mengusik abang Giant. kini pipinya pula merah padam.

“Kenapa dah dua minggu awak tak datang Giant. Rindu betul saya kat awak. Tiap-tiap hari saya tunggu awak tau.” Tersenyum aku mendengar kata-kata abang Giant itu.

“Saje je.” Itu sahaja jawapan yang mampu aku berikan kepadanya. Tidak mahu Abang Giant mengetahui keadaan yang sebenarnya. Hari ini barulah aku tahu semua rancangan aku untuk memikat abang Giant menjadi. Jadi tak sia-sialah usahaku selama ini.

Kalau bukan kerana ibu dan minyak masak cap Giant mungkin sehingga sekarang aku masih lagi tidak mengetahui status sebenar abang Giant. Noor merasa gembira kerana ada lelaki yang berjaya membunyikan loceng hatiku setelah aku menceritakan segalanya kepadanya apa yang telah berlaku.

Bersyukur kerana Allah telah mempertemukan aku dengan Abang Giant. dia adalah lelaki terbaik yang pernah muncul dalam hidupku. Bahagia hidupku apabila dapat mengenali lelaki sebaiknya. Kini aku dan Abang Giant sering berjumpa. Kini aku tidak lagi berulang alik dari pejabat ke rumah orang tuaku kerana aku sudah kembali tinggal dirumah sewaku.

Aku dan abang Giant sudah berjanji untuk bertemu hanya hujung minggu dan waktu cuti sahaja kerana Abang Giant tidak mahu menyusahkan diriku berulang alik dari rumah orang tuaku ke pejabat. Dan patung teddy bear ini akan menjadi tempat aku melepaskan rinduku kepada abang Giant. Teddy bear ini akan kusimpan selama-lamanya kerana inilah kenangan pertamaku bersama dengan abang Giant.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience