Bab 12

Romantic Comedy Series 6561

Bab 12

MALAM ini hatiku berasa gelisah kerana masih lagi tidak bertemu dengan si dia. Aku masih lagi mencari kelibat Abang Giant. Ingin sahaja aku bertanya kepada pekerja Giant yang lain. Tapi apakan daya mulut ini terasa berat untuk bertanya. Aku melangkah longlai keluar dari pasaraya itu apabila telah lama mencari dan masih tidak kutemui. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat abang Giant sedang makan dan berbual-bual dengan penuh mesra dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali. Alangkah luluhnya hatiku tika ini. Terasa ingin sahaja aku menuju ke mereka dan bertanya siapakah wanita yang berada disampingnya itu. Tapi apakan daya, siapalah aku di hati Abang Giant. Lantas aku berlalu meninggalkan mereka. Tak sanggup rasanya untuk aku terus melihat kemesraan mereka berdua.

Seperti biasa aku masih lagi pergi ke Giant untuk bertemu dengannya. Tapi kenapa sekarang tiap kali aku ke sana pasti aku akan melihat kemesraan Abang Giant dengan perempuan itu. Betullah apa yang Noor katakan, ni mesti makwe abang Giant. Aku bertekad untuk tidak lagi berjumpa dengan Abang Giant. Biarlah mereka berbahagia bersama. Malam itu hanya teddy bear yang menjadi tempat untuk aku membalut segala luka dihati. Aku memeluk erat teddy bear itu. Aku tidak menceritakan tentang perkara yang telah berlaku kepada Noor. Biarlah aku tanggung semuanya sendiri.

Sudah dua minggu aku tidak pergi ke Giant. Perasaanku hancur tatkala melihat sendiri apa yang dikatakan oleh Noor. Segala usaha aku selama ini sia-sia belaka. Aku masih lagi menyimpan pantung Abang Giant itu, bukan kerana aku ingin mengingati dirinya tetapi patung itu aku membeli dengan duitku sendiri. Mahal tu. Hari ini terpaksa juga aku mejejakkan kaki ke Giant kerana ibu menyuruhku membelikan barang dapur. Kalau diikutkan ingin sahaja aku pergi ke pasar raya lain tapi apakan daya ibu menyuruh membeli minyak masak cap Giant. Aku gagahi jua walaupun luka di hati masih belum lagi sembuh.

Sedang aku memilih barang tiba-tiba mataku tertumpu kepada abang Giant. Masuk sahaja didalam pasar raya itu mataku tertumpu pada wanita yang bersama abang Giant itu. Kulihat inai penuh di jari tangannya. Pasti dia sudah dapat memiliki abang Giant. Aku mendoakan agar wanita itu dan abang Giant hidup berbahagia. Biarlah aku yang berudur diri demi kebahagian abang Giant.

Sewaktu aku memilih barangan, aku terlihat dirinya yang tidak jauh dariku. Seperti biasa ada barang yang jatuh dari poketnya. Ingin sahaja aku membiarkannya tapi apakan daya kaki ini terlebih dahulu melangkah menuju ke tempat barang yang jatuh itu. Aku melihat ke lantai dan mengambil barang itu, rupa-rupanya pas kerjanya yang tercicir. Teringat kembali saat pertama kali aku menyukainya. Biarlah aku menjadi penyelamatnya buat kali yang terakhir. Aku berjalan menuju kepada dua orang pekerja Giant yang berada di situ. Aku menyerahkan pas kerja abang Giant itu pada mereka dan berlalu pergi. Tak sanggup untuk menyerahkan pas itu sendiri takut kenangan lama terimbau kembali. Setelah selesai memilih barang dan membayar di kaunter, aku berjalan keluar dari pasar raya itu.

“Cik Hasnidah.”

Aku menoleh ke belakang tatkala mendengar namaku diseru. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Abang Giant yang memanggil namaku. Abang Giant menghampiri diriku. Aku hanya memberikan senyuman yang hambar, tiada lagi senyuman yang manis seperti dahulu.

“Terima kasih sebab pulangkan pas saya ini.” Kata abang Giant dengan senyuman manis sama seperti yang pernah aku berikan padanya dahulu.

“Sama-sama.” Jawabku dan memusingkan muka semula untuk meneruskan perjalananku.

“Cik Hasnida tunggu dulu.”

Aku menghentikan kembali langkahku.

“Saya ingat nak belanja cik Hasnida makan sebab cik pulangkan pas kerja saya yang dah tercicir tu. Kalau tak, tak tahulah kat mana saya nak cari.” Kata abang Giant dengan penuh bersungguh-sungguh.

“Tak apalah, saya ikhlas tolong awak. Saya rasa kalau orang lain ada kat tempat saya pun, pasti dorang akan lakukan perkara yang sama.” Balasku kepadanya dan tiba-tiba sahaja perutku sudah memainkan lagu keroncong. Ceh, jual mahal pulak aku ni dah abang Giant nak belanja makan. Gomel hatiku.

“Please, ni jelah cara saya nak balas budi baik cik Hasnida.” Pintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience