BAB 2
Setelah selesai bersarapan, aku dan Noor mengemas ruang tamu rumah dan kemudian membantu ibu memasak di dapur. Selesai membantu ibu, aku dan Noor berjalan masuk ke ruang tamu untuk menonton cerita kesukaan kami iaitu detective conan. Setelah cerita kesukaan kami bersambung, aku mengalihkan siaran televisyen untuk mencari cerita yang lebih menarik. Namun satu cerita pun tidak dapat menarik perhatianku.
“Bosanlah tak ada cerita yang menarik langsung. Daripada kita kebosanan baik kita keluar jalan-jalan nak?” Noor memberikan cadangan kepadaku.
Setelah berfikir, betul juga apa yang dicadangkan oleh adikku itu. “Kita nak pergi ke mana?” Kini giliranku bertanya kepadanya.
“Kita pergi Giant nak?”
Bosan aku mendengar perkataan Giant yang keluar dari mulutnya. Tiada lagikah tempat lain yang lebih istimewa daripada Giant? Sudah muak rasanya untuk pergi ke Giant. Di rumah sewaku juga rakan-rakanku sering mengajakku ke Giant. Hampir termuntah untuk aku menuju ke pasaraya itu lagi.
“Tak ada tempat yang lagi menarik ke nak pegi. Asyik Giant je… dari dulu sampai sekarang asyik Giant je… atau kau dah berkenan dengan orang kat Giant tu.” Sengaja aku berseloroh dengan Noor. Setiap kali aku pulang situlah destinasi yang sering diajaknya. Macam dah tiada tempat lain untuk dituju.
“Kalau ada pun apa salahnyakan?” Noor mengangkat-angkatkan keningnya.
“Ish…. betul ke ni?”
“Gurau jelah… orang ingat nak carikan jodoh untuk kau kat sana. Manalah tahu kat Giant nanti ada lelaki yang dapat ketuk pintu hati kau yang besar macam tembok besar china tu.” Selamba sahaja Noor berseloroh tanpa mempedulikan perasaanku.
“Tak ada maknanya kat Giant tu ada orang yang dapat ketuk pintu hati orang ni.” Aku menyangkal segala kata Noor. Mana mungkin aku dapat bertemu dengan lelaki idamanku di Giant, maklumlah di sana selalunya yang datang adalah mereka yang telah berkeluarga dan kalau ada lelaki bujang pun mereka sibuk membeli barang dan bukannya mencari jodoh kerana di sana bukanlah tempat untuk mencari jodoh pun.
“Kau ni berlagak ajekan. Orang nak beli baranglah… dah Giant je paling dekat dengan rumah kita ni… tak naklah menyusahkan kau pergi jauh-jauh.” Terang Noor panjang lebar. Tidakku sangka rupanya murni juga hati adikku ini. Nak tak nak terpaksa juga aku mengikuti segala kemahuan adikku itu.
“Lepas sembahyang Zohor kita pergi, boleh?”
“Ok… set.” Noor membalas dengan suara yang penuh girang.
Share this novel