Bab 10

Romantic Comedy Series 6561

Bab 10

Seusai berborak bersama Noor, aku meletakkan semula telefonku di tempat asalnya. Perasaan gelisah mula menular dalam diriku. Terasa ingin sahaja aku mengambil cuti setengah hari, hari ini. Memandang kerja yang semakin bertimbun-timbun telah menghalang hasratku ini. Aku membulatkan tekad yang aku akan pulang ke rumah keluargaku petang ini.

SEPERTI biasa aku memberikan salam setibanya aku dihadapan pintu rumah. Alangkah terkejutnya ibu tatkala melihatku. Aku memberikan senyuman kepadanya.

“Kenapa tiba-tiba je balik ni?” tanya ibu.

“Tak ada apa, saja je. Lagipun kawan orang tak ada kat rumah. Takutlah pulak nak tinggal sorang-sorang.” Aku memberikan alasan.

“Gabra juga kaukan dengan apa yang orang cerita tadi.” Bisik Noor. aku memandang dirinya dan mencubit pipinya perlahan.

Malam tu juga tanpa berlengah lagi aku terus mengajak Noor menuju ke Giant. Melilau anak mataku mencari kelibat Abang Giant. Akhirnya aku temui jua. Aku mengejar Abang Giant yang agak jauh jaraknya denganku. Tiba-tiba aku melihat sesuatu telah jatuh dari poketnya tatkala dia menyeluk sakunya. Aku segera mengambil barangnya yang terjatuh itu. Dan dengan automatik aku terus menjerit memanggilnya “Abang Giant!” Tatkala aku menjerit memanggilnya, kulihat semua mata memandang ke arahku. Alangkah malunya diriku pada saat ini. Tapi tidak mengapa demi Abang Giant aku tidak kisah. Abang Giant menoleh ke arahku. Abang Giant jalan menghampiri diriku.

“Cik panggil saya?” tanya abang Giant sebaik tiba dihadapanku. Aku hanya menganggukkan kepala dan melemparkan senyum paling manis buatnya. Terlupa seketika niatku memanggilnya tatkala bertatapan mata dengannya.

“Ada apa ye cik?” pertanyaannya itu membuatkan aku ingat akan tujuan sebenar aku memanggil dirinya.

“Ni saya nak pulangkan barang awak yang jatuh tadi.” Kataku sambil menyerahkan semula barang kepunyaanya.

“Terima kasihlah cik…”

“Hasnidah.” Dengan pantas aku memotong percakapan abang Giant dan memperkenalkan diriku padanya walaupun dia tidak bertanyakan namaku kerana aku fikir inilah masa yang baik untuk aku memperkenalkan diriku padanya.

“ohh.. Cik Hasnidah.” Alangkah indahnya dunia ini tatkala abang Giant menyebut namaku. “Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Saya minta diri dulu.” Kata abang Giant dengan senyuman dan berlalu pergi meninggalkan diriku sendirian disitu.

Ish… abang Giant ni, aku belum habis cakap lagi, dia pergi pula. Tapi tak apa satu permulaan yang baik apabila abang Giant dah mengetahui namaku.

Sampai sahaja di rumah aku menceritakan kepada Noor apa yang berlaku sebentar sahaja tadi. Aku membangga diri kepadanya kerana aku telah berjaya bercakap sekali lagi dengan Abang Giant. Bukan itu sahaja malah namaku juga Abang Giant sudah ketahui.

“Kau nak tahu tak macam mana cara nak bagi lelaki selalu ingat dekat kita?” Kata Noor dengan muka seriusnya.

“Kau tahu ke cara dia?” aku bertanya kepadanya, dia menganggukan kepalanya. “Macam mana?” tanyaku lagi. Tidak sabar rasanya untuk mengetahuinya.

“Kau bagi je dia penampar sekali. Gerenti dia ingatkan kau sampai bila-bila sebab kaulah perempuan pertama yang berjaya tampar dia.” Sesudah menghabiskan kata-katanya, Noor gelak dengan sekuat hatinya kerana berjaya mengenakan diriku.

Kurang sopan punya budak. Penat je aku dengar dengan teliti, tak apa nanti aku pasti akan membalas semula.

“Hahaha… kelakarnya lawak kau nikan.” Kataku sambil berlalu pergi meninggalkannya sendirian di balkoni itu. Tawa Noor yang tidak henti-henti masih lagi kedengaran walaupun kakiku telah sampai dihadapan pintu bilikku.

Sampai sahaja didalam bilik, aku merebahkan diriku di atas kantilku. Aku mengapai anak patung Abang Giant itu. Ke mana sahaja aku pergi pasti anak patung itu menjadi peneman buatku. Kalau tiada patung itu disisiku pasti aku akan merasa kesunyian. Aku memeluk erat patung itu. Semoga aku bermimpi Abang Giant malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience