Bab 11
SUDAH hampir seminggu aku berulang alik dari rumah orang tuaku ke pejabat. Bukan apa kerana aku ingin setiap hari berjumpa dengan abang Giant. Sehari tidak berjumpa rasakan bagai setahun. Aku akan pastikan setiap hari aku dapat bertemu dengan abang Giant. Begitulah rutin harianku.
Malam itu seperti biasa aku pergi ke Giant untuk bertemu dengan pujaan hatiku, sekali lagi aku menjadi penyelamat apabila barangnya yang terjatuh aku pulangkan. Setiap kali kalau aku ke sana pasti ada sahaja barangnya yang akan terjatuh dan akulah yang akan memulangkan barang itu semula kepadanya. Cuai sangat ke abang Giant ni? Gomel hatiku sendirian. Tapi tak apa walau macam mana cuai sekalipun aku tetap suka kat dia dan aku akan sentiasa menjadi penyelamat baginya.
Aku terus mencuba untuk lebih mendekati abang Giant. Kalau tiap-tiap kali berjumpa bercakap dua patah perkataan je buat apa. Gomel hatiku sendiri. Aku mencari idea bagaimana aku dapat bercakap lebih lama sedikit kepada abang Giant. Kepalaku giat mencari idea bagaimana ingin bercakap lebih lama dengannya. Setelah lama berfikir akhirnya aku mendapat idea. Kebetulan pula abang Giant lalu di situ, apa lagi aku pun mengambil kesempatan untuk melaksanakan ideaku.
“Abang Giant, tanya sikit boleh?” tanyaku dengan lembut mengalahkan gadis melayu terakhir.
“Ada apa boleh saya bantu cik?” tanyanya semula.
“Saya nak beli rak ni, tapi saya tak tahu macam mana nak pasang. Boleh terangkan sikit macam mana nak pasang rak ni.” Sengaja soalan itu aku ajukan padahal ayahku juga tahu cara bagaimana ingin memasang rak ini.
“Boleh tiada masalah. Macam ni caranya nak pasang rak ni…” abang Giant menerangkan panjang lebar bagaimana cara untuk memasang rak itu. Inilah pertama kali aku berbicara lama dengan abang Giant walaupun dalam perbicaraan ini hanya menerangkan tentang pemasangan rak tetapi aku tetap gembira.
“Cik faham.” Katanya selepas menerangkan dengan terperinci cara memasang rak itu.
“Saya faham sangat dengan penjelasan yang abang Giant berikan tu. Terima kasihlah banyak-banyak.” Ucapku kepadanya.
“Sama-sama.” Jawabnya dan terus berlalu pergi meninggalkanku di situ.
Begitulah rutin harianku. Aku sentiasa mengikut ke mana sahaja abang giant tujui. Kalau dia berada ditempat pakaian disitulah juga aku berada. Dimana sahaja dia ada, di situlah juga lokasiku berada. Kadang-kadang perkara yang tidak masuk akal pun aku bertanya padanya. Sengaja aku ingin bercakap dengannya.
“Abang Giant, harga sabun ni berapa?” tanyaku, padahal harga sudah terpampang besar berdekatan dengan sabun itu.
“Harga dia RM 22.50. tu tanda harganya.” Jawabnya kepadaku. Tapi dia tetap melayanku dan memberikan jawapan yang terbaik untukku.
“Oh, saya ingatkan ada diskaun tadi.” Balasku semula sambil memberikan senyuman yang manis padanya.
Hinggakan kadang-kadang pekerja Giant yang lain sudah mengenali dan kadang-kadang mereka berbisik berdua mengatakan sesuatu tentangku. Tak tahulah apa yang dibisikkan baik ataupun tidak. Semuanya aku tak kisah yang penting aku dapat mengenali abang Giant dan misiku berjalan lancar.
Share this novel