Bab 7

Romantic Comedy Series 6561

Bab 7

Seusai bersarapan, aku terus pergi ke balkoni untuk menghirup udara pagi yang segar. Noor pula seperti biasa akan kembali semula ke biliknya. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku bingkas bangun dan dengan pantas aku berlari menuju ke kamar Noor. Aku mengetuk pintu biliknya bertalu-talu. Setelah Noor membuka pintu, aku terus sahaja masuk ke dalam biliknya.

“Ish… macam nak pecah pintu bilik orang kau ketuk. Tak sakit ke tangan tu?” tanya Noor dengan nada yang geram.

Lantaklah kau nak cakap apa pun. “Dah cepat siap, jom kita pergi Giant.” Arahku kepada Noor.

“Sekarang?” Tanyanya lagi.

“Yelah takkan esok pulak.” kataku sambil berjalan menuju ke pintu bilikku.

“Nikan baru pukul 8.00, Giant mana buka lagi.” Aku memberhentikan langkahku apabila mendengar kata adikku itu.

“Alah… jomlah, esok pagi orang dah nak balik Seri Kembangan, tak dapatlah orang nak jumpa dengan abang Giant.” Pintaku meminta agar adikku mengerti perasaanku pada tika ini. Pasti rindu bakal menerjah hati ini tatkala kaki melangkah menuju pulang ke Seri Kembangan.

“Kalau ye pun tunggulah Giant buka dulu. Pukul 10 karang kita pergilah.”

Aku mengangukkan kepala tanda bersetuju dengan adikku. Aku berlalu menuju ke bilikku setelah kata sepakat dimenterai dengan adikku. Sampai sahaja di dalam bilikku, aku terus menuju ke almari pakaianku untuk mencari baju yang sesuai untuk di pakai.

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Sudah sepuluh minit aku menunggu di ruang tamu tetapi batang hidung Nor masih tidak kelihatan. Aku berkeputusan untuk menjenguk dia di dalam biliknya, manalah tahu kalau dia tertidur dan terlupa tentang perjanjian kami. Belum sempat aku melangkah Noor telah keluar dari biliknya.

“Noor.” Aku memanggil namanya apabila melihat langkah kakinya menuju ke bilikku. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar panggilanku.

“Aik! Selalunya kau yang lambat siap. Hari ni lain pulak.” kata Noor sambil berjalan menuju ke arahku.

“Tu dulu sebelum jumpa dengan Abang Giant, sekarang lain.” balasku dengan senyuman.

“Tak sabar nak jumpa abang Giantlah tu.” Gurau adikku. Aku pula tidak kisah dengan gurauan itu asalkan ia bersangkut paut dengan abang Giant.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience