BAB 16

Romance Completed 1283

Pembedahan Dafina selamat dijalankan. Tiba masa saat membuka balutan di matanya, Dafina sungguh teruja.

Perlahan-lahan doktor yang merawat Dafina membuka balutan yang ada di mata Dafina. Dafina membuka kelopak matanya perlahan. Dia tersenyum lebar. Dunianya tidak lagi gelap seperti selalu. Dia sudah boleh melihat. Syukur Ya Allah.

" Mak " air mata Dafina mengalir terharu kerana dapat melihat wajah Puan Qamar.

Puan Qamar terus menarik Dafina ke dalam pelukannya. Dia juga turun mengalirkan air mata.

" Mak, mana Aisar? " soal Dafina.

Puan Qamar tidak tahu mahu menjawab apa. Dia sendiri tidak tahu kemana Aisar pergi. Yang dia tahu Aisar tidak akan datang.

Sebelum pergi Aisar ada meninggalkan pesan padanya yang dia tidak akan datang lagi. Atas sebab apa Puan Qamar sendiri tidak tahu kerana Aisar sendiri tidak memberitahunya.

Hilang senyuman lebar yang menghiasi bibir Dafina saat melihat Puan Qamar menggeleng perlahan.

" Dia tak akan datang lagi " beritahu Puan Qamar.

Dafina rasa dunianya seolah terhenti buat seketika.

" Fina " .

Dafina menoleh.

" Kak Fira " langkah kaki diatur perlahan menuju ke arah Dafira.

Dafira terus memeluk tubuh Dafina erat.

" Maafkan kak Fira sayang. Kak Fira tahu kak Fira dah banyak buat Fina terluka. Kak Fira sebenarnya sayang sangat dengan Fina. Cuma kak Fira tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih sayang kak Fira pada Fina dan dalam masa yang sama kak Fira sendiri tertekan tengok keadaan Fina. Maafkan kak Fira sebab gagal jadi kakak yang baik untuk Fina " teresak-esak Dafira menangis di bahu Dafina.

Dafina juga turut menangis. Dia tidak dapat menahan sebak.

" Kak Fira nak Fina tahu, tak ada seorang kakak pun dalam dunia ni yang tak sayangkan adik dia. Tak ada Fina. Kak Fira sayang sangat dengan Fina " .

" Fina pun sayangkan kak Fira " .

Walaupun sering berkelahi itu tidak akan dapat mengubah warna darah yang mengalir di tubuh mereka. Air dicincang tidak akan putus.

Dafina duduk sendirian sambil merenung potret wajahnya yang dilukis oleh Aisar. Ya Aisar sempat meninggalkan potret itu pada Dafira sebelum dia meninggalkan mereka.

" Saya tak pernah tau wajah awak macam mana Aisar dan saya takkan tahu macam mana untuk cari awak. Tapi saya yakin suatu hari nanti Allah akan pertemukan juga saya dengan awak dan saat itu saya akan tahu sebab awak tinggalkan saya macam tu jer " Dafina memeluk erat potret itu.

Tidak henti dia berdoa semoga suatu hari nanti Allah akan mempertemukan mereka kembali. Aamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience