BAB 4

Romance Completed 1283

Aisar segera menekan brek kecemasan apabila tiba-tiba sahaja ada seorang gadis melintas. Dia menarik nafas lega. Mujur dia sempat memberhentikan keretanya, jika tidak apalah nasib gadis itu.

" Hishh buta ke?! " marah Aisar. Dia segera turun daripada kereta dan mendapatkan gadis itu yang masih berdiri di tengah-tengah jalan raya itu.

" Hoi! Buta ke? Mana kau letak mana kau ha? " marah Aisar.

Dia pelik kerana gadis itu memandang ke arah lain. Langsung tidak memandang ke arahnya seperti dia tidak wujud di situ.

" Oi! Lah ingatkan buta jer, rupanya pekak jugak? " Aisar naik bengang apabila gadis itu langsung tidak memberi respon.

Tiba-tiba gadis itu menangis. Wajah Aisar bertukar cuak.

" Ya memang saya buta! Saya tak boleh nampak. Tapi sekurang-kurangnya hati saya tak buta macam awak! " kata gadis itu sambil teresak-esak menangis.

Aisar terdiam. Tersentap hatinya mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut gadis itu.

Ternyata gadis itu memang benar-benar tidak boleh melihat. Rasa serba salah mula menerpa dirinya.

" Err...err.. " Aisar tidak tahu apa yang harus dia lakukan apabila semakn kuat tangisan gadis itu kedengaran.

" Saya tak pernah minta pun pada Allah untuk dilahirkan buta macam ni! " .

Aisar telan air liur. Nampaknya dia harus buat sesuatu supaya gadis di hadapannya ini berhenti menangis. Orang lalu lalang sudah mula memandang ke arahnya. Lagipun keretanya berhenti betul-betul di tengah jalan.

" Okay okay, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak. Saya tak tahu yang awak memang tak boleh nampak. Maafkan saya? " Aisar dengan rendah hati meminta maaf.

Gadis itu hanya diam. Air mata masih bersisa di pipinya.

" Awak nak pergi mana ni? Seorang-seorang pulak tu. Bahaya " soal Aisar.

" Saya nak balik rumah, takpa saya dah biasa seorang-seorang " .

" Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik rumah " Aisar menawarkan bantuan.

Gadis itu menggeleng perlahan.

" Saya boleh balik sendiri " .

" Takpa, saya hantar awak balik. Jangan risau saya takkan buat benda yang tak elok pada awak. Saya ikhlas nak tolong awak. Awak anggap jer ini sebagai tanda minta maaf saya pada awak " Aisar benar-benar ingin menebus rasa bersalahnya dengan menghantar gadis itu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience