BAB 14

Romance Completed 1283

" Siapa perempuan tu? " soal Datin Maznah.

Aisar yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah terkejut apabila tiba-tiba saja Datin Maznah mengajukan soalan itu.

" Jawab lah mama tanya ni. Siapa perempuan tu? " soal Datin Maznah sekali lagi.

" Perempuan mana mama? Aisar tak faham " soal Aisar.

Datin Maznah ketawa sinis.

" Huh, tak faham ke pura-pura tak faham? Perempuan buta tu lah. Siapa lagi " .

Aisar terkedu seketika. Dia tidak tahu bagaimana Datin Maznah dapat mengetahui tentang Dafina.

" Macam mana mama tahu? " soal Aisar hairan.

" Jadi betul lah kan. Apa hubungan Aisar dengan perempuan buta tu? Mama tak suka Aisar berkawan dengan dia. Apatah lagi rapat dengan dia. Dia tak layak untuk Aisar " .

" Mama tak baik cakap macam tu. Dia pun manusia biasa jugak. Ada hati, ada perasaan. Ya memang dia buta tapi itu bukan tiket untuk menghalang dia daripada merasakan kebahagiaan macam orang lain. Dia istimewa di mata Aisar ma " .

" Aisar! Kamu dah gila ke? Kamu ingat mama akan terima perempuan buta macam dia tu sebagai menantu? Jangan harap. Takkan ada perempuan yang boleh jadi menantu mama selain Juli. Hanya Juli yang layak jadi isteri Aisar " .

Aisar menggeleng perlahan.

" Aisar tak faham kenapa mama masih lagi nak atur hidup Aisar. Aisar tak pernah ada perasaan pada Juli dan sampai bila-bila pun perasaan ni takkan pernah ada mama " .

" Susah sangat ke Aisar nak ikut cakap mama ha? Kenapa degil sangat ni? Aisar kena ingat, mama ni ibu Aisar. Syurga Aisar ada pada mama. Aisar jangan pernah berani nak lawan cakap mama " tegas Datin Maznah.

" Aisar minta maaf ma. Aisar tak boleh nak turutkan lagi permintaan mama. Aisar dah penat " Aisar terus berlalu meninggalkan Datin Maznah.

Datin Maznah merengus geram. Dia harus membuat rancangan lain supaya dapat memisahkan Aisar dengan gadis buta itu. Sampai bila-bila pun dia takkan pernah menerima perempuan itu sebagai menantunya.

Dia mahu Aisar menurut segala kemahuannya. Dia sanggup buat apa saja asalkan Aisar menurut kemahuannya. Aisar perlu berkahwin dengan Juli dan hanya Juli yang layak menjadi isteri Aisar.

Datin Maznah tekad mahu menyingkirkan gadis buta itu daripada hidup Aisar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience