BAB 11

Romance Completed 1283

" Haa nak pergi mana lagi ni? " soal Datin Maznah saat melihat anak terunanya itu turun daripada tingkat atas.

" Aisar nak pergi taman sekejap " balas Aisar.

" Nak buat apa? Apa yang ada dekat taman tu? Pergi siap, masuk office papa " arah Datin Maznah.

" Kan Aisar dah cakap yang Aisar tak minat untuk kerja dengan papa " jawabnya.

" Habis tu siapa lagi nak ambil alih perniagaan papa kalau bukan kamu? Kamu satu-satunya pewaris Megah Holdings " tegas Datin Maznah.

Aisar mengeluh berat.

" Mama tolong jangan paksa Aisar lagi. Aisar dah penat lah bila hidup Aisar asyik kena atur. Aisar nak buat keputusan sendiri. Aisar dah besar ma, bukan budak-budak lagi. Tolong jangan aturkan hidup Aisar lagi " .

" Oh dah pandai nak menjawab sekarang ya? Mama dan papa buat semua ni untuk kebaikan Aisar. Untuk masa depan Aisar. Bukan untuk orang lain pun, semuanya untuk Aisar sendiri " turun naik dada Datin Maznah menahan amarah.

" Tolong ma, jangan paksa Aisar buat benda yang Aisar tak suka. Bagi Aisar tentukan hidup Aisar sendiri. Aisar tahu mama dan papa nakkan yang terbaik untuk Aisar tapi Aisar tak nak. Aisar tak boleh nak buat benda yang Aisar tak suka. Jangan paksa Aisar lagi ma. Aisar pergi dulu " Aisar terus berlalu keluar daripada rumah.

Datin Maznah mengetap bibirnya geram. Argh Aisar, Aisar. Mengapalah anaknya itu langsung tidak mahu mendengar katanya.

Melilau mata Aisar mencari susuk tubuh Dafina di taman itu tetapi tiada. Selalunya Dafina pasti datang. Tetapi hari ini bayang gadis itu pun dia tidak nampak.

" Mana pulak dia pergi ea? " soalnya sendiri.

Aisar merasa hampa. Orang yang dicarinya tiada. Akhirnya dia membuat keputusan untuk sambung melukis. Lagipun kalau dia pulang ke rumah sekarang, pasti dia dan Datin Maznah akan bergaduh lagi. Jadi lebih baik dia menenangkan dirinya di taman ini.

Siap melukis, Aisar termenung sendiri sambil merenung langit yang cerah. Entah kenapa sehari tidak berjumpa dengan Dafina, hatinya rasa tidak tenteram. Rasa begitu hampa. Seperti pasangan kekasih yang kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan kekasihnya.

" Apa yang awak buat agaknya sekarang ni Fina? " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience