BAB 9

Romance Completed 1283

" Aisar " Juli terus mendapatkan Aisar sebaik lelaki itu masuk ke dalam rumah. Puas dia menanti lelaki itu pulang.

Aisar mengeluh berat saat melihat kelibat Juli di dalam rumahnya.

" Awak buat apa dekat sini? " soal Aisar.

" Lah, saya datang nak jumpa awak lah. Puas tau saya call awak, tapi awak tak angkat pun " rungut Juli.

" Saya tak bawak handphone " jawab Aisar ringkas.

" Awak ni, benda penting macam tu pun awak boleh tertinggal kan. Lain kali tolong lah bawak handphone awak tu kemana-mana awak pergi. Susah tau saya nak contact awak " .

" Dah lah saya nak naik atas. Penat ni" Aisar malas mahu mendengar bebelan Juli.

" Ha Aisar baru balik " tegur Datin Maznah yang baru keluar daripada dapur.

" Aunty, tengok lah Aisar ni. Juli penat tunggu dia balik, lepastu dia nak terus naik atas " adu Juli.

" Aisar, kan Juli datang nak jumpa kamu. Penat dia tunggu kamu tau. Daj lah dia telefon kamu sekali pun kamu tak jawab " marah Datin Maznah.

Aisar mengeluh perlahan.

" Okay fine. Awak nak apa Juli? Saya penat ni. Kalau nak berbual, lain kali lah ya. Saya tak ada mood nak berbual sekarang ni " .

" Tak boleh ke awak spend time dengan saya? " soal Juli. Penat dia menanti lelaki pujaan hatinya itu pulang.

" Saya takda mood nak jumpa dengan sesiapa hari ni. Tolong faham. Lain kali jer lah " Aisar terus melangkah naik ke tingkat atas.

" Aisar! Saya tak habis cakap lagi lah" panggil Juli tetapi lelaki itu berpura-pura seperti tidak dengar.

" Haish budak ni. orang penat tunggu dia, boleh pulak dia naik atas macam tu jer " rungut Datin Maznah. Dia bengang dengan sikap Aisar.

" Sampai hati Aisar tau buat Juli macam ni " terpampang wajah kekecewaan Juli.

" Sabar ya Juli. Nanti aunty nasihatkan Aisar tu. Juli jangan risau okay " pujuk Datin Maznah.

Sebenarnya dia sudah merancang untuk menyatukan Aisar dan Juli. Lagipun bapa Juli adalah rakan kongsi perniagaan mereka. Hubungan keluarga mereka dan keluarga Juli juga rapat. Oleh kerana itu Datin Maznah berusaha untuk merapatkan hubungan Aisar dan Juli.

Juli juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap Aisar. Cuma lelaki itu tidak pernah nampak cintanya. Aisar selalu saja mengelak apabila berjumpa dengannya. Ada saja alasan yang diberikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience