" Aisar awak tengah buat apa? Kenapa diam jer? " soal Dafina hairan. Hampir 15 minit berlalu dan Aisar hanya diam saja.
" Saya tengah lukis gambar awak ni " jawab Aisar.
Dafina tersenyum kecil.
" Awak pandai melukis ke? " soalnya.
" Nak kata pandai tu takdalah. Tapi alhamdulillah dengan bakat yang Allah berikan pada saya " .
" Tapi sayangnya, saya tak akan pernah dapat tengok lukisan tu " kata Dafina sayu.
" Fina, kan saya dah cakap saya akan jadi mata awak. Jadi saya akan tengok untuk awak " .
" Aisar boleh saya tanya awak satu benda? " soal Dafina tiba-tiba.
" Boleh. Apa dia? " soal Aisar.
" Awak tak malu ke kawan dengan saya? " .
Aisar diam seketika.
" Buat apa saya nak malu Fina. Tak ada sebab pun untuk saya malu. Saya seronok berkawan dengan awak. Tingkah laku dan cara awak mengingatkan saya pada arwah " .
Berkerut dahi Dafina.
" Arwah? " .
" Ya arwah Aisya. Cinta pertama saya" tingkah laku dan cara Dafina sedikit sebanyak mengingatkannya kepada arwah Aisya. Itu yang membuatkan Aisar ingin terus rapat dan mengenali Dafina dengan lebih dekat.
" Tapi awak jangan salah faham Fina. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Cuma sedikit banyak bila saya mula rapat dengan awak hilang sikit rindu saya pada arwah " jelas Aisar tidak mahu Dafina salah faham.
" Kenapa Aisya meninggal? " soal Dafina.
Aisar menceritakan daripada A-Z tentang arwah Aisya. Tiada satu pun yang tertinggal.
" Sekejap lagi saya nak pergi kubur arwah " .
" Boleh saya ikut? " pinta Dafina.
" Boleh. Tak ada masalah pun. Lepas ni kita pergi yaa " .
Dafina mengangguk perlahan.
" Patutlah dia asyik keluar jer. Rupanya dia pergi jumpa dengan perempuan buta tu " Datin Maznah merengus geram.
Tadi dia dan Juli diam-diam mengikut kemana Aisar pergi. Akhirnya mereka tahu kemana Aisar pergi selama ini.
" Ingatkan lepas perempuan tu dah meninggal, ada chance lah Juli nak dapatkan Aisar. Rupa-rupanya ada saingan baru pulak. Dah lah buta. Macam mana lah Aisar tu boleh nak dekat perempuan buta " Juli benar-benar geram. Hancur rancangannya untuk memikat Aisar jikalau begini.
" Juli jangan risau. Aunty tahu nak buat apa. Aunty akan pastikan Aisar jadi milik Juli walau dengan cara apa sekalipun " tegas Datin Maznah.
Juli mengangguk perlahan. Rasa lega sikit hatinya apabila Datin Maznah berkata begitu.
Share this novel