BAB 15

Romance Completed 1283

" So apa plan aunty? " soal Juli tidak sabar.

" Aunty dah dapatkan penderma mata yang boleh dermakan mata dia untuk perempuan buta tu " .

Terbuntang mata Juli. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengari dari mulut Datin Maznah.

" What?! " .

" Kenapa? " soal Datin Maznah.

" Aunty ni nak tolong perempuan tu ataupun nak pisahkan Aisar dengan dia? Juli tak faham lah " .

Datin Maznah tersenyum kecil.

" Macam ni, aunty dah rancang untuk carikan penderma mata untuk perempuan tu. Tapi dengan syarat, Aisar kena tinggalkan perempuan tu dan kahwin dengan Juli. Segala kos pembedahan aunty sendiri yang akan tanggung " jelas Datin Maznah.

Juli tersenyum lebar mendengar penjelasan Datin Maznah.

" Bijak jugak aunty ni kan " .

" Of course lah. Aunty yakin Aisar takkan tolak. Tentulah dia nak perempuan buta tu dapatkan penderma mata " .

Juli mengangguk tanda mengiyakannnya.

" Macam mana? Aisar setuju tak? " soal Datin Maznah.

Aisar serba salah. Ya dia memang mahu membantu Dafina untuk melihat semula tetapi dia tidak sanggup untuk berpisah dengan gadis itu selepas ini.

" Tak payah fikir panjang-panjang lah Aisar. Setuju jer. Mama rasa ini yang terbaik untuk Aisar " .

Aisar mengeluh perlahan. Berat untuk dia membuat keputusan ini. Dia tersepit di tengah-tengah. Tapi demi kebaikan dan kebahagiaan Dafina, dia sanggup. Tidak mengapalah jika dia terpaksa berkorban. Asalkan Dafina dapat melihat. Lagipun memang itu yang Dafina harapkan setiap hari.

' Demi awak Dafina, saya sanggup korbankan segalanya. Termasuk cinta saya pada awak ' .

Hari ini pembedahan mata Dafina akan dijalankan. Dia begitu teruja. Tidak putus di bibirnya mengucapkan syukur saat Aisar memberitahunya ada penderma mata yang ingin mendermakan matanya untuk Dafina.

Memang itu yang dia mahukan. Dia mahu melihat seperti orang lain.

" Aisar, terima kasih ya sebab awak dah banyak tolong saya. Saya tak mampu nak balas jasa awak " ucap Dafina.

Aisar tersenyum nipis. Kalaulah Dafina tahu selepas pembedahan ini dijalankan mereka harus berpisah adakah Dafina masih gembira?

" Sama-sama Fina. Saya nak awak tahu yang saya seronok sangat berkawan dengan awak. Dan saya nak awak tahu, saya sayangkan awak. Walau apa pun yang terjadi, saya tetap sayangkan awak " .

Dafina tersenyum bahagia.

" Saya pun sayangkan awak Aisar. Selain muka mak, saya tak sabar nak tengok muka awak. Mesti awak ni hensem kan " .

Aisar tergelak kecil. Tapi sayangnya, Dafina tidak akan dapat melihat wajahnya. Buat kali yang terakhir, Aisar menatap lama wajah ceria Dafina. Wajah yang dia tidak akan dapat lihat lagi selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience