BAB 12

Romance Completed 1283

Sudah hampir seminggu Aisar tidak bertemu dengan Dafina. Puas dia menunggu gadis itu di taman setiap hari tetapi tiada. Entah kenapa Dafina tidak datang lagi ke taman, Aisar sendiri tidak pasti.

Hendak mencari Dafina di rumahnya, Aisar tiada keberanian. Lagipun dia belum kenal lagi dengan ahli keluarga Dafina.

Petang itu Aisar sekali lagi pergi ke taman. Walaupun dia tidak pasti Dafina ada ataupun tidak di taman, Aisar hanya ingin mencuba nasib. Manalah tahu kalau-kalau hari ini Dafina ada di taman itu.

Terlakar senyuman lebar di bibir Aisar saat melihat susuk tubuh yang mulai dia rindui ada di taman. Tanpa menbuang masa, cepat-cepat Aisar melangkah ke arah Dafina yang sedang duduk di tempat biasa dia duduk.

" Assalamualaikum, Fina " sapa Aisar lembut.

Dafina menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia senyum segaris.

" Waalaikumsalam. Saya dah agak dah mesti awak datang " balasnya.

" Macam mana awak tahu saya akan datang? " soal Aisar.

" Gerak hati saya " jawab Dafina.

" Mana awak pergi Fina? Dah seminggu awak tak datang sini. Hari-hari saya tunggu awak tau " .

" Kenapa awak tunggu saya? " soalan Aisar dibiar tidak berjawab

" Err..err sebab saya nak jumpa awak" balas Aisar teragak-agak.

" Tapi kenapa? " soal Dafina lagi.

Aisar kelu. Tiada jawapan untuk soalan itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu berjumpa dengan Dafina.

" Kenapa awak dah lama tak datang sini? " soal Aisar mengubah topik.

Terdengar keluhan berat daripada bibir Dafina. Dia menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Dafira. Ya kerana Dafira, Dafina tertekan dan menyebabkan dia berkurung selama seminggu di dalam bilik. Selera makannya juga hilang.

" Awak kena kuat Fina. Pedulikan apa yang orang cakap tentang awak. Lagipun saya yakin, kakak awak tak ada niat pun nak cakap macam tu pada awak. Mungkin dia tak sengaja " pujuk Aisar.

" Saya dah penat Aisar. Daripada saya lahir saya dibenci kakak saya sendiri. Kadang-kadang saya terfikir apa salah saya yang menyebabkan kakak kandung saya bencikan saya " .

" Tak ada seorang kakak pun yang bencikan adiknya. Dalam hati kakak awak, tak ada siapa yang tahu " .

" Mungkin sebab saya buta " .

" Fina jangan cakap macam tu. I'll be your eyes " .

Dafina tergamam. Aisar sudah senyum melebar. Entah macam mana boleh keluar kata-kata itu daripada bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience