BAB 7

Romance Completed 1283

Aisar tersenyum saat melihat batang tubuh Dafina yang sedang duduk di tepi tasik. Dia sudah mengagak gadis itu pasti ada di situ. Oleh kerana itu hari ini dia datang ke sini. Tanpa melengahkan lagi waktu, Aisar terus melangkah ke arah Dafina.

" Assalamualaikum " sapanya.

Dafina tersentak.

" Waalaikumsalam " balasnya.

" Err saya.. " .

" Aisar " belum sempat Aisar ingin memperkenalkan dirinya, Dafina susah menyebut namanya.

Aisar terkejut. Dia tidak sangka Dafina boleh mengenalinya.

" Macam mana awak tahu ni saya? " soal Aisar pelik.

" Saya cam suara awak. Lagipun mana ada orang lain yang nak tegur saya " jawab Dafina.

Aisar tergelak kecil.

" Hebat lah awak ni. Baru sekali dengar suara saya, awak dah boleh cam. Entah-entah awak asyik teringatkan saya? " Aisar sengaja ingin mengusik.

" Ha'ah memang saya teringatkan awak pun " jawab Dafina.

Aisar terdiam seketika.

" Saya teringatkan orang yang hampir langgar saya semalam. Nasib baik lah Allah masih panjangkan umur saya " sambung Dafina.

Pecah tawa Aisar. Pandai juga Dafina berseloroh. Sangkanya tadi Dafina teringatkan dia kerana sudah jatuh cinta padanya.

" Pandai awak bergurau yaa " .

" Awak nak apa datang sini? " soal Dafina mengubah topik.

" Tak boleh ke saya datang sini? Lagipun ni tempat awam kan. Semua orang boleh datang sini " .

" Saya tak cakap pun tak boleh datang sini. Saya tanya awak kenapa awak datang dekat saya? " .

Aisar termalu sendiri. Aduh! Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Err saja jer nak tegur awak. Kenapa? Awak tak suka ke saya tegur awak? " soal Aisar kembali.

Dafina mengeluh perlahan.

" Awak ni memang suka buat kesimpulan sendiri ke? Ada ke saya cakap yang saya tak suka? Saya cuma tanya kenapa jer kan " rungut Dafina.

Aisar tergelak kecil. Iya tak iya jugak kan.

" Saya saja jer lah. Awak sihat? Dah lama ke ada dekat sini? " soal Aisar. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dafina.

Dafina cepat-cepat menjarakkan kedudukan mereka yang agak rapat. Aisar pelik.

" Macam mana awak tahu saya duduk sebelah awak? " soal Aisar lurus.

" Saya ni cuma buta. Tapi saya masih ada sense. Saya dapat rasa lah yang awak ada dekat dengan saya " jawab Dafina.

" Oh betul jugak kan " terangguk-angguk kepala Aisar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience