BAB 3

Romance Completed 1283

Aisar menghela nafas kasar. Dia melabuhkan punggungnya di bangku yang disediakan di taman itu.

Daripada sakit hati berada mendengar bebelan mamanya di rumah, lebih baik dia menenangkan diri di taman.

Jauh dia termenung memikirkan masa depannya. Dia tidak tahu mengapa papa dan mamanya mahu mengatur hidupnya sedangkan dia ada hak untuk menentukan masa depannya. Dia cemburu melihat rakan-rakan sebayanya yang bebas memilih apa saja yang mereka ingin lakukan. Sedangkan dia, terpaksa menurut kemahuan papa dan mamanya.

Aisar membuka begnya, sebuah buku bersaiz A4 dan sebatang pensil dikeluarkan daripada begnya. Jari jemarinya mula melakar di atas buku yang dikeluarkan tadi.

Setiap kali Aisar fikirannya berserabut, dia akan melukis. Melukis seperti terapi yang mampu menenangkan dirinya.

Aisar melukis gambar sepasang kekasih yang duduk berhampiran dengan bangku dia duduk. Bibirnya tersenyum nipis melihat pasangan bahagia itu. Entah bila agaknya dia dapat merasakan kebahagiaan seperti itu.

Cinta? Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan itu. Sepanjang 24 tahun dia hidup, belum pernah lagi dia bercinta.

Aisar mengeluh perlahan apabila teringatkan gadis yang pernah bertakhta di hatinya enam tahun lalu.

Aisya. Ya gadis itu pernah bertakhta di hatinya. Namun belum sempat dia ingin memiliki gadis itu, gadis itu pergi daripada hidupnya. Aisya meninggal dunia gara-gara kanser hati. Dan yang paling membuat Aisar terkilan, dia tidak sempat untuk menziarahi jenazah arwah sebelum dikebumikan.

Semuanya gara-gara Datin Maznah. Dia yang menghalang Aisar menziarahi Aisya. Ketika Aisya tenat di hospital pun Aisar tidak dapat berada di sisinya. Daripada awal lagi Datin Maznah tidak suka Aisar berkawan dengan Aisya. Katanya mereka tidak setaraf. Ini kerana Aisya hanya anak seorang nelayan.

Aisar memejamkan matanya buat seketika. Dia membacakan Al-Fatihah untuk arwah di dalam hati. Hingga saat ini hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana cinta yang lain. Nama Aisya masih kekal terpahat di hatinya.

Jari jemari Aisar sambung melukis semula. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaannya. Dia bercadang mahu menziarahi kubur arwah Aisya selepas ini. Setiap kali dia teringatkan arwah, Aisar akan menziarahi kubur arwah.

Dia juga masih berhubung dengan keluarga arwah. Tiap kali ada masa terluang, dia akan datang ke rumah keluarga arwah Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience