BAB 8

Romance Completed 836

“Noah , tolong benarkan I bercakap,” rayu Desiree . Wajah Noah memerah. Dia masih marah namun Desiree pasti Noah tidak akan marah lagi jika dia memberitahu khabar gembira tadi kepada suaminya ini.
“Apa yang kau nak, Desiree ?” tanya Noah kasar. Pintu direnggangkan. Desiree menapak masuk. Wajah Noah yang kelat direnung.
“You masih marah I lagi?” tanya Desiree . Noah tidak menjawab malah memandang ke arah lain. Desiree mengetap bibir.
“I mengandung,” lancar perkataan itu keluar dari mulutnya. Noah kelihatan terkejut. Dia kemudian ketawa kuat. Ketawa sinis.
“Kau dah gila ke? Kau ingat aku akan percaya lagi? Pergi jahanam!” tengking Noah kuat. Desiree terkejut. Dia menghampiri Noah dan menggenggam kuat tangan Noah .
“I tak tipu. Kali ini memang I betul-betul mengandung!” Desiree cuba menyakinkan Noah tetapi jejaka itu menarik tangannya kasar. Tidak mahu Desiree menyentuhnya. Desiree terasa hati.
“I tak tipu you. I tak nak you kahwin dengan Lissa !” ujar Desiree kuat. Serentak itu Lissa menapak masuk. Dia memerhatikan Noah dan Desiree . Wajahnya keliru. Desiree tidak memperdulikan kehadiran Lissa .
“Kalau you menikah dengan Lissa , I akan gugurkan kandungan ni,” Desiree menggugut. Dia sudah tidak ada modal lagi untuk menghalang perkahwinan Noah dan Lissa . Lissa kedengaran terkejut dengan kata-kata itu namun Noah hanya tersenyum sinis.
“Oh, ya? Kalau begitu gugurkan saja! Aku tak kisah. Aku tak pernah nak ada anak dengan perempuan jahat dan murah macam kau. Dengan bersaksikan Lissa , aku ceraikan kau dengan talak satu!” hampir terduduk Desiree apabila Noah bekata begitu. Lissa turut terkejut. Perlahan-lahan, Desiree menapak keluar. Ditinggalkan Lissa dan Noah dan dia melangkah ke biliknya.

“ Desiree , kenapa tak makan? Tak sedap ke nasi goreng tu?” tanya Datin Sofea. Desiree menggeleng. dia menyuap nasi sesudu lagi. Noah di sebelah dijeling. Mereka berdua tidak memberitahu lagi yang Noah sudah melafazkan lafaz cerai kepadanya minggu lepas. Noah hanya akan memberitahu mama dan papanya setelah dia menikah dengan Lissa dan pada hari Desiree meninggalkan rumah.
“Sedap, mama. Cuma Desiree tak ada selera,” jawab Desiree sepatah. Dia kurang makan kebelakangan ini. Dia susah hati. Dia tidak pedulikan kandungannya lagi. Dia sudah tawar hati setelah kata-kata Noah dulu. Sekarang dia merasakan kandungan ini satu beban pula. Alahannya begitu teruk. Hampir sahaja dia tidak boleh bangun setiap pagi. Badannya juga selalu letih dan kepalanya pening.
“Tak baik begitu. Sarapan penting. Oh, ya. Mama tengok Desiree lain sekarang ni. Macam orang….” kata-kata Datin Sofea berhenti situ. Noah memandang mamanya. Desiree mengetap bibir. Adakah mama sudah boleh menganggak? Desiree mengusap perutnya yang masih lagi kempis.
“Tak adalah mama. Biasa saja,” ujar Desiree . Dia segera membawa pinggan ke dapur. Dia tidak mahu membicarakan topik yang berbahaya itu. Dia sudah betul-betul tawar hati untuk memberitahu sesiapa lagi. Dia hanya memberitahu Noah dan penerimaan Noah betul-betul mengecewakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience