BAB 4

Romance Completed 836

“Kau ni bodoh ke?” Linda menepuk dahi Desiree agak kuat. Desiree terjerit kecil.
“Bodoh apanya?” tanya Desiree bingung. Linda memukul lengannya pula.
“Yang kau bodoh sangat lepaskan Noah tu, kenapa?!” marah Linda. Desiree tersenyum kecil. Mengerti kenapa Linda marah. Tadi semalam dia mengabarkan kepada Linda tentang hubungannya dengan Noah kini. Sebelum ini dia tidak berpeluang kerana Linda pergi melawat saudaranya di Paris.
“Dia nak kahwin dengan Lissa . Lagipun kami dah tak ada apa-apa perasaan lagi terhadap satu sama lain,” jawab Desiree tenang. Linda memandang matanya tajam.
“Betul kau dah tak ada perasaan pada dia lagi? Kau jangan nak tipulah, Desiree . Aku tahu tentu kau dapat rasakan cinta itu berputik semula selepas dia pulang, kan? Aku tahu!” Linda berkata tegas. Desiree menunduk. Linda benar. Dia kembali merasakan cintanya kepada Noah sekarang. Dia mula bingung dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mahu melepaskan Noah pergi tetapi dia sudah berjanji yang mereka akan bercerai sebaik sahaja Lissa pulang.
“Apa yang boleh aku buat sekarang?” lirih suara Desiree . Linda tersenyum lebar. Desiree pelik.
“Kau ni pelikla. Kau nikan isteri Noah yang sah. Tak ada susahnya nak dapat dia semula,” mata Linda bersinar saat berkata begitu. Desiree merapati Linda.
“Apa yang perlu aku buat?”
“Kau gunalah kelebihan sebagai isteri dia untuk dapatkan dia balik. Nak tau caranya?” tanya Linda. Emeda mengangguk.
“Kau goda Noah balik,” jawab Linda. Desiree terkejut.
“Gila. Goda Noah ?!” Desiree menggeleng. Linda menarik tangan Desiree kuat.
“Ini satu-satunya cara agar Noah jatuh hati kepada kau semula. Lagipun kau berhak, kau isterinya,” Linda menyakinkan Desiree . Desiree teragak-agak.
“Jom kita cari barang-barang untuk mulakan operasi memikat hati Noah semula!” Linda tersenyum nakal lalu menarik tangan Desiree yang masih tergaman mengikutinya.

Rambut yang panjang dilepaskan. Baju tidurnya yang jarang dan terdedah dibetulkan sedikit. Haruman yang wangi menusuk ke hidungnya. Minggu lepas Linda sudah membawa dia membeli beberapa lingeria yang jarang dan beberapa haruman yang wangi. Katanya, itulah cara untuk menggoda Noah . Desiree tersenyum kecil dan menuju ke dapur. Keadaan di dalam rumah gelap. Mama dan papanya tidak ada di dalam rumah kerana mereka bercuti di utara tanah air. Hanya ada dia, Noah dan beberapa orang pembantu rumah. Langkah Desiree perlahan menuju ke dapur.
“Oh, Noah . You ada di sini rupanya. Terkejut I. Ingatkan pencuri manalah tadi,” Desiree berpura-pura terkejut sedangkan pertemuan itu sudah dirancang. Dia tersenyum saat Noah kelihatan tergamam memandang badannya yang langsing, terdedah. Desiree tersenyum lagi apabila teringatkan dia sudah beberapa hari memulakan rancangannya untuk menggoda Noah . Seringkali Noah mengelak namun dia hanya berbuat selamba. Namun Desiree yakin, Noah sudah mula tergoda.
“You..you buat apa di sini?” tanya Noah tergagap-gagap. Desiree tersenyum dan berjalan merapati Noah .
“I nak minum. Haus,” dia berdiri di sebelah Noah lalu mengambil gelas dan diisikannya dengan air. Gelas itu dirapatkan ke bibirnya manakala badannya dirapatkan ke badan Noah yang sasa. Dia perasan mata Noah tidak lepas-lepas memandang bahagian dadanya yang terdedah dan dia hanya selamba sahaja. Badannya dipalingkan mengadap Noah .
“You tak nak minum?” gelas disua kepada Noah . Badannya terlalu dekat dengan Noah sehingga jejaka itu menelan liur apabila terbau haruman yang begitu mengasyikkan. Spontan tangannya bermain-main di rambut Desiree yang lembut. Matanya merenung mata Desiree yang juga merenungnya. Gelas di tangan Desiree diambil dan diletak di atas meja. Selepas itu tangannya kembali bermain-main di wajah Meleda. Desiree hanya membiarkan. Dia tersenyum menang apabila Noah mencempungnya ke bilik. Malam semakin larut dengan membawa rahsianya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience