BAB 7

Romance Completed 836

“Kau tipu dia yang kau mengandung? Gila ke?” suara Linda nyaring di telefon. Desiree ketawa kecil.
“Aku cuma tak nak dia lari ke Lissa je,” selamba jawapan Desiree . Linda mengetap bibir geram.
“Habis, kalau dia tahu kau tak mengandung macam mana? Takkan kau nak letak bantal kat perut kau!” marah Linda. Desiree tersenyum.
“Aku tahulah nak buat macam mana. Yang penting, sekarang Noah percaya aku mengandung dan dia dah putus dengan Lissa . Nampaknya rancangan aku berjaya. Padan dengan muka Lissa !” Desiree ketawa. Hatinya puas. Linda menggeleng.
“Kau ni macam watak jahat la,” komen Linda.
“Mungkin. Tapi kalau setakat menipu aku mengandung, aku bukannya jahat sangat lagi!” Desiree ketawa. Serentak itu pintu biliknya dirempuh kasar. Noah memandangnya dengan wajah menyinga. Desiree terlopong.
“Kau…kau tipu aku? Cepat cakap, kau mengandung atau tidak?!” kasar suara Noah . Desiree terkejut. Dia betul-betul tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Tiba-tiba Noah datang dan mencengkam kuat lengannya.
“Sakitlah, Noah ,” rintih Desiree tetapi Noah tidak peduli. Tajam matanya memandang Desiree .
“Kenapa kau tipu aku?!” tengking Noah . Desiree mengetap bibir.
“Sebab I tak nak you nikah dengan Lissa . You hak I!” marah Desiree kembali. Serentak itu ada tamparan yang mengena pipinya. Desiree terduduk.
“Dengar sini, aku tetap akan nikah dengan Lissa walaupun kau suka atau tidak!” pintu bilik dihempas kasar. Desiree mengesat air mata yang tiba-tiba tumpah.

“Tahniah, puan mengandung!” hampir terlopong Desiree apabila mendengar kata-kata itu. Dia mengandung? Dia tidak percaya.
“BEtul, doc?” tanya Desiree dengan senyuman. Doktor itu mengangguk. Desiree ketawa gembira. Dia mengusap perut. Anak ini muncul di saat yang tepat. Noah akan menikah dengan Lissa sebulan lagi. Dengan kehadiran janin ini, dia akan membatalkan perkahwinan Noah dan Lissa dan hidup bahagia dengan Noah !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience