BAB 10

Romance Completed 836

Mata Desiree terasa berat namun dia tetap memaksa diri membuka mata. Silau matanya dengan cahaya lampu. Saat penglihatannya pulih, dia perasan Noah ada di sisinya.
“You dah sedar? Syukurlah,” Noah memberikan senyuman. Desiree tiba-tiba teringatkan seseuatu. Dia meraba perut.
“Baby tak apa-apa. Cuma ada pendarahan sikit. Doktor kata you tertekan dan badan you lemah. You makan ke tak?” tanya Noah prihatin. Desiree memandang ke arah lain.
“I mintak maaf. Kalau marahkan I pun, jangan hukum baby tu. Itu anak you jugak. Biarkan dia menumpang di dalam rahim you. Biarkan dia ada peluang untuk lahir ke dunia. Kita rujuk, ya,” pujuk Noah . Desiree mengeluh perlahan.
“I akan lahirkan anak ini tapi I tak nak rujuk dengan you semula. I nak sambung belajar. Jadi, you tak payah risaulah. I akan jaga anak I baik-baik,” tenang Desiree menuturkan itu. Noah terkejut apabila Desiree berkata begitu. Dia menggeleng.
“I nak jaga anak I. I nak lihat dia membesar di hadapan mata I. Kenapa you nak pisahkan dia dengan I?” tanya Noah geram. Dis mDesiree uk tubuh. Desiree mengetap bibir.
“Sebab kita dah bercerai! Sebab you akan menikah dengan Lissa . I tak nak dia terluka kalau dia tahu perkara sebenar nanti. Jadi, lebih baik dia tidak tahu apa-apa,” terang Desiree . Noah tetap tidak bersetuju.
“Dia anak I!” tegas suara itu. Desiree mula naik angin.
“You akan ada anak dengan Lissa juga nanti. Lagipun you kan dah pernah cakap tak nak ada anak dengan perempuan murah dan jahat macam I ni. Tak malu ke mengaku ini anak you?!” tempelek Desiree geram. Noah terkesima. Mulutnya terkunci. Mungkin tiada jawapan untuk soalan itu. Tiba-tiba tangan Desiree digenggam.
“I betul-betul mintak maaf sebab cakap macam tu. Waktu itu I ingat you menipu I lagi. You lupakan sajalah semua itu. Kita mulakan hidup baru bersama dengan baby ni,” pinta Noah tulus sambil mengusap lembut perut Desiree yang kempis. Desiree menutup mata, dia betul-betul keliru sekarang. Dia betul-betul tidak percaya.
Kenapa Noah boleh berubah sebegitu setelah mengetahui dia mengandung? Adakah kandungan ini yang mengubah Noah ? Tapi macam mana dengan Lissa ? Noah sangat mencintai wanita itu. Dia sudah letih mencuba memisahkan mereka berdua. Mungkin Lissa jodoh untuk Noah dan dia hanyalah orang ketiga yang mencuba merosakkan hubungan mereka. Sekarang sudah masanya dia untuk mengalah. Dia tidak akan menggunakan anak ini untuk memerangkap Noah . Perlahan-lahan tangan Noah yang melekap di perutnya dialihkan. Dia dapat melihat raut hampa Noah tetapi dia tidak peduli.
“I maafkan you. Sudah, jangan ganggu I lagi. I mungkin boleh memaafkan tetapi bukan melupakan..,” lemah suaranya. Noah meraut wajah kesal.
“Boleh tak you jangan pentingkan diri? You tak fikir ke apa akan jadi pada baby tu nanti kalau you buat begini? Dia juga perlukan ayahnya. You ingat you seorang boleh besarkan dia dengan baik ke?!” suara Noah meninggi. Geram dengan sikap keras kepala Desiree . Desiree pula merenung tajam ke arah Noah .
“Baiklah. Kita boleh rujuk balik tapi you kena batalkan pernikahan you dengan Lissa . Setuju?!” tanya Desiree sinis. Noah tersentak. Kelu lidahnya. Desiree tersenyum sinis. Ini satu-satunya cara untuk Noah berhenti mendesaknya. Dia tahu Noah tidak akan membatalkan perkahwinannya dengan Lissa . Mereka akan bernikah tiga minggu lagi. Macam mana mahu di batalkan!
“Kenapa? Tak sanggup? Kalau begitu, sila keluar dari sini. I tak nak tengok muka you,” jarinya menuding ke arah pintu.
“I tak boleh, Desiree . Majlis tiga minggu lagi. Kad jemputan pun dah diedar, semuanya sudah siap. You jangan desak I,” suara Noah kedengaran merayu. Desiree menolak tubuh Noah kuat.
“Jadi you jangan desak I. I boleh buat apa saja yang I suka. Keluar!” tempik Desiree . Noah cuba memegang tangannya tetapi Desiree segera menepis.
“Keluar! Keluar!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience