BAB 11

Romance Completed 836

“Hai, Desiree . You dah sihat ke?” Desiree terkejut apabila Syam memasuki ruang biliknya di kamar hospital.
“Macam mana you tahu I ada di sini?” tanya Desiree hairan. Syam tersenyum lalu duduk di kerusi di sisi katilnya. Bunga di tangan diletakkan di atas meja.
“Hati I yang beritahu,” Syam tersenyum manis. Dahi Desiree berkerut. Syam ketawa kecil.
“Taklah. Noah yang beritahu,” Syam berterus-terang. Desiree pelik. Noah yang beritahu? Kenapa?
“You nak balik semula pada Noah ke?” tiba-tiba Syam bertanya begitu. Desiree terkejut.
“Kenapa tanya begitu?” tanya Desiree . Syam menyandarkan dirinya ke kerusi dan memandang tepat ke mata Desiree .
“I tahu semuanya, Desiree . Noah yang beritahu I,” akui Syam. Desiree menunduk. Sedikit sebanyak hatinya terguris mengetahui itu. Kenapa mesti dihebohkan?
“Jadi isteri I, Desiree . Saya sanggup terima anak you itu. Malah I akan jaga dia macam anak I sendiri,” tangan Desiree digenggam Syam. Desiree terkejut dengan lamaran itu. segera dia menggeleng.
“Apa you mengarut ni, Syam?!” wajahnya dipalingkan. Malas menatap wajah Syam.
“Noah tak cintakan you. Dia cintakan Lissa ,” kata Syam. Desiree mengangguk.
“I tahu,” Desiree menunduk.
“Jadi, kenapa you nak balik semula pada dia? You patut kembali pada I. I lebih menghargai you daripadanya,” Syam merayu. Desiree mengerut kening. Bila masa pula dia kata dia mahu kembali bersama Noah . Desiree tahu Syam salah faham tetapi dia tiada hati hendak membetulkan salah faham itu. Biarlah Syam fikirkan apa sahaja.
“Noah cuma pentingkan kandungan you saja. Bukan pentingkan sangat pun. Dia cuma tak nak you betul-betul gugurkan. You ingat tak waktu you tipu dia yang you mengandung dulu? You ugut dia supaya Noah tinggalkan Lissa , kan? You percaya ke dia tinggalkan Lissa betul-betul?” sinis suara Syam. Desiree memandang tajam Syam.
“Apa maksud you?” Syam senyum sinis. Desiree menggigit bibir geram.
“Dia cuma suruh Lissa sabar dan tangguhkan perkahwinan mereka. Dia akan ceraikan you sebaik sahaja you habis pantang waktu itu. Dia juga kata I boleh dapatkan you sebaik sahaja lepas cerai. I kata itu kerja gila tetapi dia langsung tak dengar nasihat I. Memang I sukakan I tapi I taklah sekejam itu. Itu rancangan dia waktu itu tapi dia tak sangka pula yang you menipu. Jadi, dia balik semula ke rancangan asal,” selamba Syam bercerita. Wajah Desiree berubah. Dia menunduk. Tidak disangka Noah sanggup berbuat begitu. Selepas melahirkan, dia akan diceraikan? Ah, mudahnya menjadi Noah . Mungkin sebab inilah Noah mahu mereka rujuk kembali. Untuk melaksanakan rancangannya semula.
“Desiree ,” muncul Noah dengan senyuman. Namun senyumannya segera pudar apabila terpandangkan Syam dan wajah Desiree yang keruh. Apa yang sudah terjadi? Dadanya berdebar.
“Aku dah ceritakan semuanya pada Desiree . Aku rasa dia berhak tahu. Kau langsung tak layak untuk dia,” Syam berdiri dan mengadap Noah . Wajah Noah kelihatan terkejut. Dia kehilangan kata-kata.
“Desiree , I boleh jela..”
“Cukup. I dah penat. Semuanya akan tamat selepas ni. Ikatan yang you dah leraikan tidak akan bercantum semula. Syam, I mintak maaf. I tak boleh terima lamaran you. I akan pergi selepas semua urusan penceraian selesai dan… Semuanya sudah berakhir. Noah , I mintak maaf sebab ganggu hubungan you dengan Lissa dulu. You jangan risau, tiada siapa akan jadi penghalang lagi. I dah serik, dah letih,” keluh Desiree . Syam senyum hambar manakala Noah mengetap bibir.
“Tak. I..I mintak maaf. I tak tahu apa yang merasuk I waktu itu. Dengar sini, Desiree . Jauh dalam lubuk hati I, I tak pernah berniat nak buat begitu. Tapi ketika itu I terdesak. I…”
“..cintakan Lissa . Jadi, sebab itu you keliru, kan? Ahh, you tak payah fikir apa-apa lagi. I dah mengalah dan akan keluar dari hidup you,” sambung Desiree kecewa. Noah memandang tajam Syam. Serentak itu Syam keluar dari bilik. Tangan Desiree digenggam.
“You harus fikirkan baby juga,” Noah cuba memujuk.
“You jangan nak tunjuk baik, Noah ! You bukan nak sangat baby ni. You cuma tak nak I gugurkan, kan? Selepas dia lahir, you akan tinggalkan dia dengan I, kan? Dengar sini, Noah . You tak payah buat semua tu. I janji I takkan gugurkan. Jadi, you boleh kahwin dengan Lissa dan hidup bahagia. You juga jangan risau I akan balik dan perangkap you dengan baby ni sebab I takkan pernah akan balik!” Desiree segera turun dari katil. Dia mahu keluar dari hospital dan pergi dari hidup Noah secepatnya.
“Desiree , jangan bergerak. Doktor tak benarkan you turun dari katil ni,” Noah menghalang. Desiree mengetap bibir.
“Bukan urusan you. I tak apa-apa. I tak sakit. I dah sihat dan I nak balik!” jerit Desiree . Tangan Noah yang mencengkam tangannya segera dileraikan. Benci!
“Please, Desiree . Jangan buat macam ni. Jangan desak I. I betul-betul tak boleh tinggalkan Lissa !” saat Noah berkata begitu, pergerakan Desiree terhenti. Dia menundukkan wajah dan mengeluh perlahan.
“Jadi you nak I buat apa?!” tanya Desiree perlahan tetapi bernada keras. Noah meraut wajahnya.
“I tak tahu. I betul-betul tak tahu,” Noah menggelengkan wajahnya. Desiree terdiam. Terasa menyesal pula melaksanakan rancangannya dulu. Dia pentingkan diri. Sekarang dia yang kecewa dan dia turut mengheret Noah dan Melissa . Malah, anaknya yang bakal lahir juga akan menderita. Ini semua salahnya. Perlahan-lahan, air matanya mula tumpah.
“Maafkan I, Desiree . I betul-betul mintak maaf. I pun tak sangka semua ini boleh bertukar begini,” Noah sedikit cemas melihat air mata Desiree . Namun, dia tidak berani untuk mDesiree uk Desiree . Dia tahu Desiree terluka dengan perbuatannya.
“Tak payah mintak maaf. I yang cari masalah. Sekarang ini I nak kembalikan semuanya ke tempat asal. You teruskan perkahwinan you dengan Lissa . I tak ada niat ugut you semalam. I tahu you takkan lepaskan Lissa , sebab itu I suruh you pilih. I nak you lepaskan I,” Desiree berdiri apabila dia berkata begitu. Noah cuba membantunya tetapi dia menghalang.
“Jadi, bagaimana dengan you?”
“I akan teruskan hidup I macam biasa,”
“Tolong, jangan keluar dari negara ini,” suara Noah kedengaran seperti merayu.
“Tengoklah nanti,” Tiba-tiba pintu ditolak kasar. Datin Sofea dan Datuk Rosli menerpa masuk. Desiree dan Noah terkejut besar. Dari mana mereka tahu Desiree berada di sini? Dia sudah memberitahu mereka yang Desiree pergi bercuti.
“Cepat jelaskan pada mama dan papa. Apa yang sedang berlaku ni?!” keras suara Datuk Rosli. Noah dan Desiree menggigit bibir.
“Jelaskan apa, papa?”
“Jangan nak menipu lagi. Linda dah beritahu mama semuanya. Kenapa kamu sanggup buat Desiree macam ni, Noah !” suara mama agak kuat. Noah menunduk.
“Bukan salah Noah , mama. Salah Desiree ,” Desiree kesiankan Noah . Mata mama membulat.
“Papa tak kira. Papa nak Desiree dan Noah rujuk semula. Perkahwinan Noah dan Lissa dibatalkan!’ tekad suara Datuk Rosli. Desiree dan Noah terkejut.
“Tak boleh! Tak sampai sebulan lagi perkahwinan kami!” Noah membantah. Segera Datuk Rosli dan Datin Sofea memberikan jelingan tajam kepada Noah .
“Jadi, Noah nak tinggalkan Desiree begitu jelah? Desiree kan tengah mengandung anak Noah ! Mana boleh tinggalkan dia,” marah Datin Sofea pula. Noah terdiam.
“Atau Noah nak Desiree dan Lissa sekaligus? Papa tak setuju itu!”
“Mama, papa. Desiree mintak maaf tapi biarlah keadaan berkekalan begini. Kami tak payah rujuk. Jadi, tak payahla Noah batalkan perkahwinannya dengan Lissa ,” Desiree menyampuk. Datin Sofea dan Datuk Rosli kelihatan terkejut.
“Desiree dah hilang akal ke? Bagaimana dengan anak Desiree , cucu mama?!” Datin Sofea meluru ke arah Desiree yang kelihatan tenang itu. Belakang bekas menantunya diusap-usap perlahan. Desiree sudah semakin kurus. Badannya kelihatan lemah. Wajah cantiknya juga agak pucat. Bila mendengar cerita daripada Linda, dia tahu Desiree turut bersalah tapi tidak adil untuk menghukum Desiree dan cucunya sahaja. Dia tahu Desiree masih sayangkan Noah . Sebab itu Desiree sanggup bertindak sebegitu.
“Desiree dah tak tahu nak buat apa-apa lagi. Desiree ingat nak sambung belajar overseas,” saat Desiree berkata begitu, Datin Soefa terlopong.
“Desiree nak pisahkan cucu mama dari mama?” suara mama kedengaran sayu. Desiree serba-salah.
“Desiree tak ada niat begitu. Desiree cuma nak mulakan hidup baru. Mama dan papa boleh melawat Desiree dan anak Desiree nanti. Ataupun bila Desiree dah balik ke sini semula, Desiree akan bawa dia jumpa dengan mama dan papa,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience