BAB 3

Romance Completed 836

“Desiree , you nak pergi mana?” suara itu menghentikan langkah Desiree . Dia menggigit bibir. Benci dengan suara itu.
“Apa yang you nak, Syam?” tanya Desiree bosan. Syam tersenyum sinis dan mendekatinya.
“I dengar Noah dah balik. Bila you dan dia nak bercerai?” tanya Syam. Desiree membuka langkah kembali tetapi Syam mengekorinya.
“You tanyalah kawan baik you tu. I tak nak jawab,” ujar Desiree geram. Syam ketawa kecil.
“Mestilah. I tak sabar nak you pulang semula kepada I,” selamba Syam menjawab. Desiree menjeling Syam tajam sebelum segera meninggalkan lelaki itu. Dari dulu lagi, Syam sentiasa mengejarnya. Dan sekarang, Syam semakin kuat mendekatinya apabila mengetahui Noah akan pulang dan mereka akan bercerai. Ah, susah!

Pintu bilik ditutup Desiree lalu dia melangah turun dari tangga. Saat itu dia tersempak dengan Noah yang sedang menaiki tangga. Langkah Desiree terhenti.
“Kenapa you tidak pergi ke pejabat lagi?” tanya Desiree . Noah turut berhenti melangkah.
“I tertinggal kunci kereta,” Noah menggaru kepala yang tidak gatal. Desiree tersenyum kecil lalu menghulurkan kunci kereta kepada Noah . Noah menyambut dengan riak terkejut.
“Lain kali jangan tertinggal lagi tau,” Desiree segera meninggalkan Noah ke dapur untuk bersarapan. Noah mengikuti langkahnya. Sudah hampir sebulan Noah pulang semula ke Malaysia dan tinggal di rumah bersamanya, cuma mereka tidak tidur sebilik. Mama dan papa faham dengan keadaan mereka. Malah, Desiree dan Noah hanya berlagak seperti rakan sahaja.
“Sudah jumpa kunci keretanya?” tanya papa. Desiree tersenyum lalu duduk di kerusi manakala Noah mengambil tempat di sebelah Desiree .
“Sudah, papa. Desiree yang tolong ambilkan,” jawab Noah lalu mencapai pinggan berisi nasi goreng yang dihulurkan Desiree . Datuk Rosli dan Datin Sofea tersenyum.
“ Desiree kena pergi dulu,” Desiree bangun dan menyalami ibu dan bapa mertunya.
“Tak tunggu Noah ke? Boleh pergi sama-sama,” tanya Datuk Rosli. Desiree menggeleng. Kalau boleh dia mahu mengelak pergi bersama Noah ke pejabat walaupun mereka bekerja di tempat yang sama. Dia lebih biasa dengan keretanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience